Semasa

Saiyuu, Baru Lepas Update Di Instagram. ‘Influencer’, Pelakon Drama Oh My Hantaran Meninggal Dunia

Pelakon baharu dan pempengaruh media sosial, Syazlin Zainal dilaporkan mninggal dunia hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon berusia 26 tahun itu difahamkan meninggal dunia di Johor namun punca kematian dikatakan masih dalam siasatan.

Berita duka tersebut dikongsikan rakan Syazlin iaitu Zeatyalia menerusi beberapa InstaStory miliknya sebentar tadi.

Baru Lepas Update Di Instagram. ‘Influencer’, Pelakon Drama Oh My Hantaran Meninggal Dunia

“Tidak ada kenyataan lain yang akan dikongsikan. Saya perlu menghormati privasi keluarganya. Saya kehilangan rakan hari ini.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk luahkan perasaan saya sekarang ini. Saya juga sedang memahami apa yang berlaku,” tulis Zeatyalia.

Sementara itu, berita pemergian pelakon drama SiTik Tok mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan artis dan pengikutnya di media sosial.

Tinjauan di laman Instagram mendapati, Allahyarham yang mesra dipanggil Alin ada memuat naik posting sehari lalu sekali gus dipenuhi ucapan takziah daripada orang ramai.

Untuk rekod, Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda, Oh My Hantaran dan Ada Yang Ngikut.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Harian Metro (Najiy Jefri)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *