Semasa

Penceramah Terkenal Beristeri 3 Didakwa RugoI Budak Bawah Umur. Hukuman Yg Dikenakan Buat Ramai Terkejut

Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang hari ini selepas didakwa dengan sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari lepas.

Menerusi laporan dari Bernama, tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fathi Naim telah membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Berani ya dia buat gitu ke budak

Walau bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Samry Masri telah merayu kepada mahkamah agar anak guamnya dikenakan jaminan yang rendah memandangkan dia adalah penanggung utama keluarga.

“Sebelum ditangkap tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas kes ini tular, dia hilang punca pendapatan. Tertuduh juga mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia satu hingga 11 tahun selain menanggung kedua-dua ibu bapa yang telah tua.

“Selain itu, tertuduh kini menghidapi sakit ‘slipped disc’ dan sedang menjalani rawatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Berani ya dia buat gitu ke budak

Susulan daripada itu, pihak hakim membenarkan Muhammad Fathi Na’im diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 10 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *