Semasa

Badan Zamani Kembali Tegak Selepas Pembedahan, Diminta Rehat Lebih Lama

Selepas menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang belakang melengkung disebabkan penyakit scoliosis pada Isnin lalu, penyanyi terkenal, Zamani dimaklumkan telah dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi laporan dari Utusan Malaysia, isteri kepada vokalis kumpulan Slam, Juliana Abd Rani memberitahu kesihatan suaminya bertambah baik.

  

“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan Zamani sepanjang dia menjalani pembedahan sehingga ke hari ini.
“Kami juga berterima kasih tidak terhingga kepada Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi), peminat, media dan mereka yang menyumbang dana untuk pembedahan Zamani. Segala budi baik dan doa semua amat kami hargai sehingga akhir hayat,” katanya.

Sebelum ini, Juliana ada memaklumkan yang keadaan Zamani dalam keadaan baik selepas 48 jam menjalani pembedahan dan sedang mendapat pemantauan daripada pihak hospital.

Penyanyi lagu Syair Si Pari-pari itu juga diminta untuk berehat lebih lama bagi memastikan keadaan kesihatannya pulih dan dapat berjalan dengan baik selepas melalui pembedahan selama 7 jam pada Isnin lalu.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

Sumber – Utusan Malaysia(Siti Athirah Dzulkifli), Instagram mrsj_zamani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *