Penyanyi dan guru vokal, Datuk Shafinaz mencuri tumpuan netizen apabila terlibat dalam kelas mengajar teknik pernafasan yang betul buat para qari dan qariah.
RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @syafinazselamat.fans, wanita berusia 49 tahun itu sedang mengajar seorang qariah teknik pernafasan bagi menyempurnakan penyampaian tarannumnya. Sementara itu, qariah berkenaan dilihat mengikuti saranan jurulatih vokal tersebut dan bacaan tarannumnya terdengar lebih baik.
Pemilik nama Yang Berbahagia Datuk Syafinaz Selamat ini berjaya meraih pujian orang ramai atas usahanya itu. Rata-rata netizen memuji usaha dan ilmu yang disampaikan kepada orang lain tidak hanya kepada golongan penyanyi sahaja.
Bukan itu sahaja, para peminatnya juga turut mendoakan agar Datuk Syafinaz mendapat pahala yang berganda kerana telah menurunkan ilmu buat qari dan qariah memperbetulkan teknik pernafasan dalam tarannum yang mengalunkan ayat suci al-Quran itu.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO : KLICK DISINI
Sumber: TikTok