Semasa

Adakah Benar Punca Nad Sakit Sebab Makan Ubat Kurus, Ini Penjelasan Dari Shahrulezad

Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi mengenai ujian yang menimpa pelakon Nad Zainal yang masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Nad, 32, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai kerana jangkitan pada paru-paru sejak Isnin.

“ia amat mendukacita kan… Saya Pegang Tangan Dia, Saya Bisik…,” – Marsha Sebak, Kongsi Situasi Lawat Nad Zainal Di ICU.. Ini pula terjadi..

Marsha berkata demikian ketika ditemui Hari Pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-37 (SAMM37) di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada Jumaat.

Marsha yang mempertaruhkan lagu Kembali Terang sebentar tadi turut berdoa semoga pelakon drama Cina Buta itu kembali sembuh seperti sedia kala.

“Alhamdulillah dalam rasa sedih dengan ujian yang menimpa Nad, kita tengok ramai penggiat seni yang hadir melawat dan berikan semangat.

“ia amat mendukacita kan… Saya Pegang Tangan Dia, Saya Bisik…,” – Marsha Sebak, Kongsi Situasi Lawat Nad Zainal Di ICU.. Ini pula terjadi..

“Begitu juga dengan peminat yang menitipkan doa baik-baik. Kalau kita tengok di media sosial ramai yang berikan kata semangat. Saya berdoa dan berharap semoga Nad akan pulih.

“Saya pegang tangan dia. Saya ada bisikkan kata-kata. Saya beritahu Nad, dia kena kuat dan teruskan perjuangan sebab Nad ada anak-anak yang menunggu Nad.

“Kita ada benda yang kita sudah janji sama-sama untuk lakukan. Saya percaya, yang berpeluang melawat berikan kata dorongan yang sama,” katanya lagi.

PENGARAH drama shahrulezad menyangkal khabar angin mendakwa buah pinggang pelakon Nad Zainal yang dilaporkan merosot adalah disebabkan pengambilan ubat kurus.

Kata Shahrulezad, perkara itu tiada kena mengena dengan keadaan pelakon itu malah vital organ terutamanya buah pinggang Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dalam keadaan baik.

“Apa yang membuatkan abam lega ialah vital organ Nanad juga dalam keadaan baik terutama buah pinggang beliau.

“Khabar angin mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar sama sekali.

Adakah Benar Punca Nad Sakit Sebab Makan Ubat Kurus, Ini Penjelasan Dari Shahrulezad

Pelakon Ungku Ismail (kiri) dan pengarah Shahrulezad sering mengemas kini perkembangan terbaharu Nad.

“Masalah Nanad sekarang adalah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan,” katanya.

Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu selepas menerima perkembangan terkini daripada pelakon Ungku Ismail.

Adakah Benar Punca Nad Sakit Sebab Makan Ubat Kurus, Ini Penjelasan Dari Shahrulezad

Berkongsi keadaan terkini pelakon drama Cina Buta itu, Shahrulezad memaklumkan keadaan Nad smakin baik meskipun paru-parunya masih belum pulih sepenuhnya.

Disebabkan itu, Nad akan terus menggunakan intubate sementara paru-parunya menjadi lebih kuat dan stabil.

“Alhamdulillah keadaan Nanad hari ini lebih baik dari semalam tapi doktor masih mahu Nanad di intubate selagi paru-paru masih belum betul-betul kuat.

“Kadar kebergantungan Nanad pada mesin oksigen juga sudah semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor extubate. Abam rasa tidak lama lagi. Insya Allah,” katanya.

Dalam pada iti, Shahrulezad memohon agar peminat terus mendoakan kesihatan Nad.

“Apa yang Nanad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman untuk dia terus berjuang kembali sihat. Selain itu Nanad juga perlukan doa dari korang semua.

“Abam percaya Nanad akan kembali sihat semula seperti sedia kala. Apa yang dimohon adalah doa berterusan,” kongsinya.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dipercayai mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *