Semasa

Rakaman Aksi Matrempit Tewas Tak Lepas Elak Kereta Smpai Kena Langgar Dengan Kawan Sndiri

Bila bercakap berkenaan mat rempit, pasti tidak terlepas pertunjukkan aksi-aksi merbahaya di jalan raya yang dilakukan mereka.

RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI

Baru-baru ini, tular rakaman video menunjukkan aksi sekumpulan lelaki membawa motosikal masing-masing dijalan raya yang mengundang padah.

Menurut seorang pengguna facebook Fareez Aiman, aksi salah seorang lelaki berlagak superman berjaya mencilok dua biji kereta di hadapannya.

Namun, sebaliknya berlaku kepada kawan di belakangnya yang bersahaja memecut laju tidak sempat untuk mengelak kereta di depan.

Melalui rakaman tersebut, jelas nampak lelaki tersebut bukan sahaja jatuh, malah kepalanya turut dilanggar oleh motosikal yg lain.

Selain itu juga, ada lagi sebiji motosikal yang cuba mengelak bas dan terperosok ke bahagian tepi jalan.

Setakat ini, keadaan mereka berdua masih tidak diketahui.

Rakaman yg tular itu menjadi perhatian netizen. Antara reaksi mereka :

“Ambil perhatian wahai mat rempit..
Meninggal atau cedera tu pekara kedua.
Yg nyatanya kamu menyusahkan pemilik kereta kerana dia tak dpt claim insuran motor, terpaksa claim insuran sendiri dan hilang NCD..Secara automatik insuran dia balik ke asal 100%.. Hidup janganlah sampai menyusahkan org.” – Isa

“Diorang ni bawak motor menyelit bukan main laju, kita yg bawak kereta ni takut tengoknya. Kesian owner kereta tu tak pasal kena hentam belakang” – Fauzan

“Tak boleh tegur…nanti diorang kata mat rempit juga lah yang tolong orang tepi jalan….Cerita dia bukan mat rempit tlg ke apa…kalau dah salah tetap salah” – Alfi

“Jika mati itu lebih baik buatnya, Kau perkenankanlah doa netizen ini. Jika Kau mahu dia bertaubat dr kesilapan ini, Kau peliharakanlah & permudahkanlah urusan dia. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui atas tiap² sesuatu….” – Che An

“Orang tu bawak hati2, mungkin dalam perjalanan pergi bercuti dengan keluarga, tiber ada pelumba kapcai gp langgar. Allah dah beri peringatan paling bermakna tu, tapi kalau masih tak sedar, tak tahulah nak jadi apa.” – Firdaus

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber – Belumbalik.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *