Sering menerima pujian gara-gara penghijrahannya, pelakon Lisa Surihani bagaimanapun mengakui tidak mampu mengawal mana-mana tayangan filem lakonannya yang pada ketika itu masih tidak menutup aurat.
Menurutnya, dia hanya mampu berdoa agar penghijrahannya untuk menjadi insan yang lebih baik dipermudahkan Tuhan.
“Ada benda yang saya sendiri tak boleh buat apa-apa. Saya hanya mampu berdoa sebab sesetengah perkara bukan dalam kawalan saya.
“Saya sendiri belum arif tentang itu dan belum lagi bertanya ustaz atau pakar agama tentang perkara tersebut. Namun, saya berdoa agar jalan saya dipermudahkan dan berharap perkara itu akan hilang sendiri nanti,” katanya.
Sementara itu, Lisa juga menolak dakwaan yang mengatakan dia kini sudah berhenti dari dunia lakonan kerana dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah projek lakonan.
“Nak kata saya sudah berhenti berlakon tak juga sebab saya sedang menjayakan sebuah penggambaran melakonkan watak cameo. Dan, ada juga beberapa tawaran lain yang masih dipertimbangkan,” jelasnya.
Terdahulu, Lisa pernah memaklumkan dia turut menyimpan hasrat untuk mengemudi program bual bicara sendiri berbentuk soal jawab agama.
“Kalau ada program bual bicara sendiri, terutamnya soal jawab agama mewakili masyarakat itu yang saya cukup idam-idamkan.
“Mungkin kerana saya banyak menyertai kelas dan seminar, jadi sedikit sebanyak menambahkan minat saya untuk lebih meneroka ilmu agama sekaligus dapat menjadi lidah kepada masyarakat yang mungkin ada persoalan berkaitan agama. Dan itu pasti menyeronokkan,” ujarnya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Mstar