Penyanyi rap, Caprice mendedahkan perbualan remaja lelaki dengan seorang individu didakwa pendakwah selebriti PU Azman yang terbabit atas pertuduhan amang seksual.
Pendedahan itu dimuat naik Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi InstaStory semalam sebelum ditularkan oleh seorang pengguna laman Twitter @Ekax_.
Meninjau komen di Twitter, rata-rata netizen tidak mempercayai perbualan itu dengan mengatakan ia mungkin disunting atau kemungkinan akaun Instagram PU Azman digodam.
SEKARANG NI ZAMAN FITNAH
ELOK JADI POLIS JELA CAPRICE NI
MUNGKIN DIA KENA HACKED KOT
MAHKAMAH KAN ADA
Bukan suntingan
Menerusi paparan skrin perbualan, remaja berusia 17 tahun itu dilihat menjawab beberapa soalan daripada individu berkenaan menerusi ‘Direct Message’ (DM) di laman Instagram.
Antara soalan ditanya adalah nombor telefon, tingkatan, bersikap nakal atau baik, status percintaan selain meminta mangsa melakukan ‘VC’ dipercayai panggilan video.
Bagi mengelakkan tuduhan orang ramai kononnya sekadar edit atau suntingan semata-mata, Caprice meminta remaja tersebut melakukan semula ‘screenshot’ perbualan.
Remaja itu kemudian dilihat menekan akaun Instagram milik PU Azman sebelum membuka ruangan DM memaparkan perbualan mereka.
Semalam, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Instagram Caprice , Twitter @Ekax_