Semasa

Baby Shima Dedah ‘Pakar Agama’ Hantar Gambar KemaIuan, Terkejut Lihat Profile Ustaz Terkenal Ini

PENYANYI Baby Shima sekali mendedahkan menjadi mangsa gangguan sksual daripada pengikut lelakinya yang menghantar mesej lvcah menerusi direct message (DM) Instagram miliknya.

Bengang dengan gangguan tersebut, Shima atau Nor Ashima Ramli, 27, turut berkongsi mesej yang diterimanya daripada lelaki berkenaan selain mendedahkan wajah dan akaun Instagram milik lelaki tersebut sebagai pengajaran.

Mesej Iucah yang diterima Baby Shima.

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu berkenaan adalah pemilik sebenar akaun tersebut atau ada pihak cuba mensabotaj dengan menggunakan identiti orang lain.

Ini kerana hantaran yang dibuat sebelum ini tidak mendapat komen atau tanda suka yang banyak meskipun mempunyai ramai pengikut.

Namun pemilik akaun itu mengikuti 1,945 akaun lain yang kebanyakannya adalah selebriti tempatan.

“Kalau tengok daripada profil akaun lelaki itu macam akaun fake menggunakan identiti orang lain.

“Akaun palsu itu, gambar pun tak ada satu like (tanda suka). Tak payah layan akaun palsu ni,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, Shima yang membalas komen salah seorang pengikutnya mengesahkan akaun berkenaan adalah asli kerana lelaki tersebut pernah menghantar gambar tidak senonoh kepadanya.

“Memang dia, sebab ada hantar gambar dia tengah…,” tulisnya.

Peminat minta Baby Shima buat laporan polis.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut penyanyi itu meminta Shima membuat laporan polis kerana gangguan seksual yang dibuat adalah melampau.

“Buat laporan polis kalau ada gangguan sksual macam ini. Kalau tak buat banyak lagi gangguan akan dapat.

“Mesti kena ‘sabotaj’ ni, tidak mengapa bang, kami faham,” komen netizen.

Tinjauan lanjut terhadap akaun tersebut mendapati individu berkenaan masih belum membuat sebarang penjelasan berhubung dakwaan tersebut malah Instagramnya masih boleh diakses dan tidak diletakkan dalam mod private.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *