Seorang lelaki dilihat menunggang motosikal dalam keadaan b0geI tanpa seurat benang di Lebuhraya Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin, Taman Semabok Perdana, Melaka.
Susulan tular video tersebut, rata-rata netizen memberikan pelbagai respon berikutan aksi penunggang terbabit.
Malah, netizen juga turut berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya.
Kepala atas je tutup..
Kepala bawah takde tempurung
Nasib tak nampak muka
Sejuk dibuai angin
Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna Facebook, difahamkan lelaki tersebut tidak waras dan menghidap penyakit mental kerana pernah melakukan perkara sama sebelum ini.
Tanpa mengenakan sebarang pakaian, lelaki itu dilihat hanya memakai topi keledar dan berselipar sambil menunggang motosikal jenis Modenas pada siang hari, Rabu lalu.
Setakat ini, video yang memaparkan aksi lelaki tersebut telah mendapat lebih daripada 4,000 perkongsian di Facebook.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Facebook