Assalam Admin,, Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang.
Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.
Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya.
Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.
Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya.
Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya.
Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan! Saya sedih sangat.
Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat?
Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah.
Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa.
Tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah – suara agak garau etc etc.
Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima.
Kalau hirsutism teruk ada yang sampai boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.
Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu.
Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua.
Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa.
Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami.
Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu.
Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebab tu suami jijik.
Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu.
Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent.
Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah.
Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya.
Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu.
Dan sebelum kahwin saya dah resign kerja sebab suami tak bagi kerja.
Dan lagi, suami pula hanya tahu complain tapi bila saya cakap dengan dia tentang kos takde pulak dia kata nak tolong bayarkan ke apa.
Saya tak faham perangai dia. Sebelum kahwin dia pernah nampak saya berlengan pendek dan nampak bulu roma lebat di tangan saya.
Tapi dia tak kata apa. Di muka dan leher saya pun kalau duduk sebelah saya boleh nampak bulu roma halus.
Dia nampak je selama ni tapi tetap teruskan masuk meminang dan kahwin dengan saya.
Kalau jijik kenapa tak dari dulu jijik? Kenapa tiba2 nak jijik?
Bila saya persoalkan dia diam je. Tak kata apa.
Maaf kalau terlalu open tapi orang yang dah pernah merasai hubungan intim mesti faham apa rasanya bila disentuh cuma sekali dan seterusnya tak dapat.
Dan dengan hormon imbalance saya ni memang saya akui nafsu drive saya lebih tinggi dari perempuan biasa. Sungguh saya terseksa bila jadi macam ni.
Saya cuba tutup kekurangan yang satu ni dengan cuba untuk jadi isteri terbaik.
Masak untuk suami, sediakan makan pakai dia, give up kerjaya untuk jadi suri rumah sepenuh masa supaya boleh kejar syurga dengan melayan suami. Akhirnya hampa.
Suami makan pun tak pandang muka saya. Lepas saya salam dia lepas solat atau bila dia pergi dan balik kerja takde pun dia nak cium saya.
Jijik sangat agaknya.
Saya geram macam mana pun alhamdulillah tak pernah lagi tinggi suara pada dia.
Bila saya marah atau sedih dengan kata2 dia yang menghina fizikal saya ni saya sabarkan hati.
Berendam air mata sorang2. Takpelah asalkan saya tak berdosa marah atau tengking dia bila saya terasa hati.
Sampai satu tahap saya terfikir, kalau suami nak tinggalkan saya, saya redha.
Tapi ada ke lelaki lain yang sudi nak terima orang macam saya ni? Jijik sangat ke bila berbulu sedangkan Allah yang cipta saya macamni.
Sudahlah selama ni memang rendah diri dengan keadaan fizikal saya ni.
Bila dah kahwin suami menjauh atas sebab kekurangan yang satu ni, memang buat keyakinan diri saya ni hilang. Rasa terhina sangat.
Dulu saya ada terfikir masalah macamni akan muncul kalau saya kahwin sampai saya takut nak kahwin.
Tapi bila suami tunjukkan kesungguhan nak kahwin dengan saya, saya ingat dia tak kisah dengan kekurangan saya ni.
Walhal bukannya bulu roma saya ni panjang kasar bergulung macam beruk. Cuma kuantiti lebih banyak dari perempuan lain.
Salah saya ke? Tak sangka kerisauan saya jadi realiti. Sedih sungguh rasanya.
Saya ingatkan dia sayang saya kerana diri saya.
Tapi nampaknya dia lagi kisahkan fizikal saya dari hati saya dan segala apa yang saya telah buat dan korbankan untuk dia.
Saya tak pernah ambil kisah pun tentang betapa tak sempurnanya dia tu. Dia pun muka biasa2 saje.
Kalau saya nak kutuk fizikal dia, macam2 saya boleh kutuk. Tapi pd saya semua tu tak perlu sebab saya memang sayangkan dia. Ikhlas cintakan dia.
Dalam kebanyakan perkara dia memang calon suami terbaik. Maknanya bila hubungan jadi macamni memang salah saya lah agaknya.
Memang berpunca dari kekurangan saya lah.
Dia tak ‘dapat’ dari saya mungkin dia boleh kahwin lain. Dapatkan dari perempuan lain.
Tapi nasib saya ni macam mana? Adake lelaki yang boleh terima perempuan tanpa kisahkan fizikal dia?
Saya pun nak ada zuriat sendiri. Nak merasai mengandung dan lahirkan anak sendiri.
Tapi kalau dia tak sentuh saya macam mana?
Sampaikan saya pernah cakap dengan dia, saya tak kisah saya ni puas atau tak tapi sentuh lah saya sampai dapat anak.
Lepastu nak tinggalkan saya ke apa silakan. Kalau saya ni berduit memang saya buat ivf je. Senang.
Biar dia tak perlu sentuh saya yang jijik ni.
Yang paling saya risau adalah kalau parents saya tahu tentang ni. Mesti kecewa mereka.
Serahkan anak pada lelaki yang mereka sangka dapat sayangi saya dan jaga saya sebaik mana mereka jaga.
Tapi rupanya anak mereka ni menderita. Saya tak nak parents saya tahu saya tak bahagia.
Tak sanggup nak tengok mereka tempuhi hari tua dlm keadaan yang risaukan saya.
Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya.
Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari?
Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali?
Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.
SOALAN: Saya inginkan penjelasan hukum seorang perempuan mencukur bulu kakinya.
Adakah itu haram kerana saya pernah terbaca di internet mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki.
Seorang kawan saya yang telah mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis krim.
Jawapan: Tidak ada larangan syarak terhadap mencukur bulu kaki, yang ada larangan hanyalah mencukur atau menipiskan bulu kening kerana ia dilaknat oleh Allah SWT seperti ditegaskan Nabi SAW dalam hadisnya:
“Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya,
perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan yang merubah ciptaan Allah SWT.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar)
Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus.
Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan seperti bulu ketiak dan ari-ari, hukumnya sunat.
Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak ialah mencabutnya, namun boleh digunakan cara lain.
Mencabut bulu kaki dan bulu lengan atau betis bagi wanita, harus kerana tidak ada dalil syarak melarangnya.
Menghilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah SAW dalam hadis baginda.
Mengenai bahan, ubat atau sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan.
Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis).
Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.
Tulisan ini dikongsikan oleh seorang wanita yang sedih dengan keadaan rumahtangganya yang baru dibina hanya kerana keadaan fizikal semulajadinya dipandang jijik oleh suami
“Kenapa lelaki nak isteri berhenti kerja bila berkawin?? Nak suruh hadap muka suami 24 jam ke??
Baru kawin, terus tt berhenti kerja sebab suami suruh.. suami pun, agak2lah.. Saya memang tak setuju isteri2 yg bekerja berhenti kerja alasan suami suruh..
Pendapat saya, para isteri, berkerjalah cari pendapatan & buat simpanan sendiri utk masa hadapan.
Alam perkawinan ini banyak liku2nya.. Bayangkan baru kawin 6 bulan dah nampak yg buruk..terlebih bulu sikit pun dah masalah besar.
Belum lagi tt mengandung, bawa perut memboyot 9 bulan..kalau ceazer ada kesan operate lagi..
Lepas ni tt, sound pulak kt suami tu kalau perut dia gendut, sound je gemok boroi..
Bau dia kepam ke tengok dia boleh terima tak bila org komen tentang dia pulak..”
“Maaf puan sy fikir lebih baik puan buat solat2 sunat taubat dan hajat spya di beri petunjuk dariNya.
Sy x rsa suami puan ‘jujur’ dlm jwpnnya. Klau dari awl dia x suka puan mustahil dia berkahwin dgn puan
Kecuali dia memilih puan disbb hal2 tertentu cthnya puan dh mempunyai kereta, rumah atau dari keluarga yg berada?
Tolong lah puan jgn merasa rendah diri dan ‘down’ disbbkn kata2 dari seorg suami yg toksik.
Percyalah puan ketika suami puan sdh x mahu puan.
Pasti ada lagi lelaki yg benar2 ikhlas menerima puan seadanya.”
“Pendapat sy awk kerja la balik.bina kerjaya tu blk.jgn bergantung harap pd suami dah.mmg dia suruh awk berhenti kerja.
Tp ape yg awk dpt?awk da cuba mcm2 utk bahagiakn dia.berkahwin ni kte kne terima baik buruk pasangan.ni bru dr segi rupa mcm tu dah x bole terima.
Bru 6 bln pon.mcm mana awk nk bertahan smpi bertahun2 mcm ni.pndpt sye awk just persiapkn je dri dgn sumber pendapatan.
Awk pon da cuba yg terbaik.rajin2 la buat solat hajat.mntk petunjuk.andai smpi 1 tahap mmg tiada perubahan.
In sha Allah akn ada insan lain yg mampu terima awk.sy pon ade kwn yg mslh mcm ni.siap berjanggut lagi..ok je bahagia.”