Shah Alam: Seorang wanita maut manakala suami dan dua anaknya yang berusia dua tahun serta lapan bulan terselamat dalam kemalangan di Persiaran Raja Muda, Seksyen 6 dekat sini, hari ini.
“Wanita berkenaan maut di tempat kejadian manakala pemandu bersama dua anaknya masing-masing berusia dua tahun dan lapan bulan mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat wanita turut dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca serta sebab kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Beliau turut meminta saksi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.
HM