KLANG – Seorang penghantar makanan maut manakala seorang penunggang motosikal parah dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, di sini pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, polis menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 2.30 petang melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.
“Penghantar makanan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital,” katanya.
“Penghantar makanan seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital,” katanya.
Kejadian itu tular selepas rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan kenderaan suspek memaparkan dua buah SUV terbabit bergesel lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.
Vijaya Rao berkata, kedua-dua pemandu SUV yang berusia 20 dan 24 tahun terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318,” ujar beliau.
KLANG: Penghantar makanan, Muhaimin Said, 34 yang maut dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Jalan Haji Sirat, Meru, 3 September lalu disifatkan sebagai seorang anak yang baik.
Ibunya, Zailan Soid, 72, berkata, Allahyarham sangat prihatin dengan kebajikannya malah tidak malu memakaikannya lampin pakai buang.
Menurutnya, Muhaimin sempat bermalam dua hari di rumahnya dan menghantar ke klinik kesihatan sebelum kejadian.
“Hari Rabu, dia bawa mak cik ambil darah di Klinik Rantau Panjang dan hari Jumaat dapat tahu dia dah meninggal dunia, mana mak cik tak terperanjat.
“Dia anak kesayangan mak cik, segala urusan mak cik dia uruskan, kalau balik kerja bawa makanan dia suapkan mak cik,” katanya ditemui pada sesi Penyerahan Faedah Perkeso di rumahnya di Jalan Haji Musran Rantau Panjang, di sini pada Isnin.
Penyerahan faedah Perkeso disampaikan oleh Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada balu Allahyarham Muhaimin, Nur Izwana Othman, 26.
Zailan berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu juga pernah menyuarakan kebimbangan akan nasibnya jika ditakdirkan Allahyarham pergi dahulu.
“Mak cik pakai lampin pakai buang setiap malam, anak-anak tak bagi ke tandas kerana bimbang jika jatuh. Kalau saya belum pakai, dia akan pakaikan.
“Kuku saya pun dia potongkan. Banyak kenangan dengan arwah, bila nampak baju kerja dia mak cik akan menangis.
“Duit tak sama dengan nyawa tapi nak buat macam mana sudah ketentuan ALLAH SWT. Dia memang anak yang baik, ” katanya.
Sementara itu, Nur Izwana yang baru dua minggu bernikah menganggap arwah suami sebagai seorang yang prihatin.
“Dia suami yang baik dan sentiasa bantu saya. Apa yang saya buat, dia akan bantu adakala sampai lewat pergi kerja.
Katanya, buat masa ini dia akan tinggal bersama ibu mertuanya sebelum memikirkan soal kerja bagi meneruskan kehidupan. -Sinar Harian
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Astro awani