Semasa

Sangat menghiibakan.. Jurutera komputer Walid Sharudin maut motosikal bertembung kereta, pelajar UPM cedera

PORT DICKSON – Seorang jurutera komputer maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Jalan Ambang Kota, Lukut di sini petang tadi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 32 tahun sedang bergerak dari Site C, Tanah Merah menghala ke Lukut.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa kereta Perodua Myvi sedang berhenti di petak kanan untuk masuk ke simpang kanan telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Alza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, selepas pelanggaran tersebut, kereta Perodua Alza itu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan secara melintang lalu dilanggar sebuah motosikal dinaiki mangsa yang sedang bergerak terus dari arah Lukut.

“Akibat kemalangan, mangsa penunggang motosikal yang merupakan jurutera komputer maut di lokasi kejadian, manakala pembonceng motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *