Semasa

“Sempat Melompat Keluar..” Badrul Hisham meninggal dunia kemaIangan lori terbabas. Salam takziah buat keluarga

GUA MUSANG: Seorang pemandu lori maut selepas melompat keluar dari lori dipandunya yang hilang kawalan di Kilometer 56 Jalan Gua Musang-Lojing, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, Badrul Hisham Kamaruddin, 24, maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala yang terhentak pada permukaan jalan.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Siasatan lanjut kejadian berkenaan masih dijalankan polis,” katanya.

Luahan sebak dari isteri arwah :

“Assalamualaikum. Buat yang mengenali suami saya, Badrul Hisham , arwah telah meninggal malam tadi akibat kemalangan. Mohon doa dari kalian utk arwah. Jika ada salah dan silap mohon maafkan, dan jika arwah ada hutang dengan kalian mohon mesej saya.” – Siti Bariah

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *