Semasa

Sedap Beriba Di Kerusi, Aksi Mesraan Dua Remaja Dicemuh Ramai -“Seronok Ko Ye Kena Belai”

Baru-baru ini, tular sebuah video dua orang remaja berpakaian t-shirt sekolah sedang bermesra di sebuah lokasi telah mencetuskan kritikan reaksi ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @azr_mentarang di laman TikToknya, kelihatan seorang remaja lelaki sedang beriba di atas peha seorang pelajar wanita tanpa menghiraukan orang yang berada di sekeliling mereka.

“Budak-budak sekarang. Tempat awam pun nak mengurut kepala,” tulis individu yang memuat naik rakaman itu ke laman TikTok.

Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam oleh individu terbabit di aplikasi tersebut kerana bimbang menjadi fitnah kepada kedua-dua remaja terbabit.

Menjengah ke ruangan komen sebuah portal yang turut berkongsi video terbabit, rata-rata netizen meluahkan rasa kebimbangan mereka susulan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen memaklumkan berkemungkinan mereka berdua adalah adik beradik dan disebabkan itulah pelajar tersebut berani bertindak sedemikian.

Mereka turut menegaskan ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memantau keadaan anak masing-masing untuk menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di kalangan anak remaja.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: @mStar, TikTok @azr_mentarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *