Iskandar Puteri: Kedua-dua beradik yang terbabit dalam insiden tragis di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, di sini, petang semalam, amat rapat, saling menyayangi dan taat pada agama.
Ahli keluarga yang enggan identitinya didedahkan berkata, seluruh keluarganya terkejut dan tidak percaya insiden menyayat hati itu menimpa mereka.
Katanya, kedua beradik itu dididik dalam keluarga dengan penuh kasih sayang dan ketakwaan dengan keluarga mereka amat rapat dan saling menyayangi.
“Kedua-dua beradik berkenaan adalah anak yang baik dan sangat bijak kerana sering mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan, selain menjadi harapan keluarga.
“Mangsa yang berusia 16 tahun adalah bekas pelajar Maahad Pontian sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah di Gelang Patah.
“Manakala kakaknya belajar di Tingkatan Enam sekolah yang sama. Mereka berdua serta tiga lagi adik, adalah anak yang sangat baik dan dididik untuk saling berkasih sayang.
“Mereka juga dididik untuk tidak meninggalkan solat dan taat pada perintah agama. Apabila menerima berita mengenai insiden malang ini, saya enggan percaya kerana ia sangat tragis dan menyayat hati,” katanya ketika ditemui.
Sebelum ini, media melaporkan seorang seorang pelajar Tingkatan Empat di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, di sini, disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam, dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya.
Kejadian berkenaan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Dalam pada itu, ahli keluarga berkenaan berkata, ibu bapa mangsa trauma dan amat tertekan dengan insiden malang yang menimpa anak sulung dan anak kedua mereka.
“Mereka amat sedih dan tidak keluar rumah sejak kejadian itu petang semalam apatah lagi insiden tragis itu tular sejak malam tadi,” katanya.
Tinjauan dilakukan di rumah keluarga mangsa di Kampung Ulu Pulai mendapati, sanak saudara dan penduduk kampung berada di situ bagi menziarahi keluarga itu.
Bagaimanapun, anggota keluarga rapat enggan ditemubual dan memohon media memberi ruang untuk keluarga berkenaan bertenang.
Baru-baru ini, seisi media sosial berduka selepas mengetahui tentang berita mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang telah pun dijemput Ilahi selepas dibaling dengan alatan tajam oleh kakak sulungnya sendiri.
Lebih menyedihkan apabila pertengkaran antara dua beradik tersebut dikatakan berlaku hanyalah kerana berebut tempat duduk dalam kereta.
Ketika si kakak dibawa ke mahkamah untuk menerima perintah reman selama 6 hari, tiada seorang pun ahli keluarga dilihat hadir. Ia susulan mereka dikatakan sibuk menguruskan post mortem anak kedua berkenaan. Dalam pada itu, kedua-dua orang tua kepada remaja tersebut dikatakan kini dalam keadaan trauma dan enggan keluar dari rumah.
Terbaru semalam sempat tular seorang kanak-kanak yang dipercayai adik kepada 2 remaja berkenaan tampil menceritakan semula kronologi sebenar kejadian. Jelasnya dalam keadaan sugul, awalnya ia berlaku ketika pulang dari sekolah harian dan bersedia untuk ke kelas agama pula di sebelah petang.
Namun tiba-tiba kakak sulung dan abangnya yang bernama Haikal itu dikatakan bertengkar sebelum ‘barang tajam’ berkenaan tercucuk di bahagian leher.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!