Semasa

Risau Langgar Hukum Agama, Dr Malar tegur wanita Islam pakai tema Bollywood. Tak sangka ini sebabnya

Doktor perubatan, Dr Malar Santhi Santherasegapan tampil menegur tindakan wanita beragama Islam yang mengenakan persalinan bertemakan Bollywood bagi menghadiri pelbagai majlis.

RAMAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI

Menurut Dr Malar, dia terpanggil untuk menjelaskan serba sedikit berhubung pemakaian dan perhiasan ala Bollywood apatah lagi melihat orang ramai baru selesai meraikan sambutan Deepavali.

Dr Malar berkata, terdapat segelintir wanita Islam yang tidak dapat membezakan antara dua komponen tersebut sekali gus bimbang sekiranya mereka melanggar hukum agama.

“Kalau pakai tikka di bahagian dahi dan kepala, sari, rantai cantik-cantik, gelang, cincin, subang hidung atau subang telinga pun itu adalah budaya, tiada masalah.

“Tapi saya ada tengok rakan-rakan beragama Islam pakai pottu, tak boleh ya. Pottu ni adalah agama Hindu. Kalau tengok wanita yang telah berkahwin, pakai merah. Belum berkahwin pula warna hitam.

Sementara itu, dia juga mengingatkan wanita Islam supaya berhati-hati apabila memakai tema sebegitu kerana hanya perlu memilih bangsa serta budaya sahaja dan bukannya agama.

“Sebagai seorang yang beragama Hindu yang banyak berkawan dengan orang-orang Islam terutamanya, saya tahu macam mana…

“…kawan-kawan saya sangat menjaga hukum syirik, murtad, haram semua, sangat penting untuk anda.

“Jadi berhati-hati bila anda mengenakan tema Bollywood, jangan sampai tersasar, ambik yang budaya sahaja, berhati-hati dengan komponen agama Hindu,” pesannya lagi.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI

SUMBER – Facebook Celoteh Dr Malar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *