Penampilan baharu anak kepada usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida iaitu Cik telah berjaya mencuri perhatian ramai kerana rambutnya persis seorang lelaki.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Bagaimanapun, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengatakan tidak menjadi masalah buat Cik B untuk tampil dengan rambut sedemikian.
Rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Vida dengan membiarkan anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin melakukan apa-apa sahaja bagi menikmati zaman muda.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Vida mahu anaknya mencuba dan menerokai semua momen bergelar seorang remaja sebelum meningkat dewasa.
“Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak-kanak remaja,”tulis Vida.
Dalam masa sama, Vida memberitahu zaman remaja Cik B tidak sama seperti mereka seusianya kerana dia sudah diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan Salmon Skin Salted Egg.
Dalam masa sama, ramai mengkritik tindakan usahawan kosmetik itu kerana membiarkan anak perempuannya meniru gaya rambut lelaki.
Mereka berkata, seorang ibu perlulah memainkan peranan penting bagi membentuk dan melentur keperibadian anak-anak.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
View this post on Instagram
Sumber – IG DSV