KOTA KINABALU: Seorang murid Tahun Lima maut akibat ditimpa tiang gol ketika sedang melakukan aktiviti sukan di sebuah sekolah di Pekan Manggatal di sini, tengah hari semalam.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas, di sini.
“Mangsa kemudian dihantar ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mohd Zaidi berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Kejadian yang meragut nyawa kanak-kanak itu tular di media sosial sejak petang semalam.
Rakaman video berdurasi 14 saat itu memaparkan mangsa diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian.
Berdasarkan pengamatan pada video itu, besi palang tiang gol berkenaan dipercayai patah sebelum menghempap mangsa.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Sumber – BH