Kecoh di media sosial apabila, pelakon popular, Eyka Farhana atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi didakwa tampil dengan pakaian begitu seksi yang mempamerkan sebahagian dadanya sehingga mencetuskan kritikan dalam kalangan netizen.
Menerusi gambar yang dimuat naik oleh pengguna buayadarat di laman TikToknya, dipercayai Eyka bersama rakan sedang bercuti di sebuah lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.
Difahamkan juga, ada segelintir netizen mendakwa gambar tersebut adalah gambar lama ketika dia bercuti Thailand bersama rakan rapat yang lain sebelum ia menjadi tular di laman sosial.
Bagaimanapun, rata-rata netizen seolah-olah tidak terkejut dengan penampilan seksi pelakon yang berusia 27 tahun itu kerana sudah menjadi kebiasaan dia memakai pakaian yang mencolok mata.
Video
Terdahulu, Eyka mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen apabila dia mengayakan serta memperagakan pakaian jenama terkemuka, Calvin Klein dianggap agak keterlaluan dan tidak sopan bagi seorang penganut beragama Islam.
“Kau nak cabar siapaa haa?”- Penampilan Eyka Farhana terima kritikan & cemvhan netizen..
Nama pelakon wanita berbakat besar, Eyka Farhana sememangnya tidak pernah lekang daripada sebarang kontroversi terutamanya sering ‘belanja’ gambar yang dikatakan keterlaluan di media sosial.
Terbaharu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi sekali lagi menjadi ‘panas’ di kalangan warganet setelah berkongsi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan, pelakon berusia 27 tahun itu dilihat sedang memperagakan pakaian jenama terkemuka, Calvin Klein selain menyatakan ia adalah kunci sebenar untuk tampil lebih berkeyakinan.
Bagaimanapun, pakaian yang digayakan oleh Eyka dalam video tersebut dilihat agak keterlaluan dan tidak sopan bagi seorang penganut beragama Islam.
Malah, mereka meluahkan kekecewaan apabila kekasih kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), iaitu Akhyar Rashid apabila penampilan semakin hari semakin keterlaluan.
Disaat ramai mengecam penampilan pelakon filem Juvana itu, ramai rakan artis dan peminat memuji kecantikan Eyka Farhana.
Terdahulu, Eyka pernah memberitahu dia tidak mahu berpura-pura disebalik pakaian yang dipakainya demi mengikut kemahuan masyarakat semata-mata sahaja. Bagi dirinya, lain orang lain persepsi mengenai seksi.
Sumber : 0hmm / thetuIars
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih