Semasa

Pegawai yg Baca Doa Supaya GoIongan Suami Bertambah Bini di Majlis Agama AkhirnyaTerima Padah

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang individu dipercayai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berseloroh ketika membaca doa dalam majlis tertutup anjuran jabatan berkenaan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Menerusi video dimuat naik semula pengguna Twitter dikenali @RajaMohdShahrim, dilihat seorang lelaki bersongkok berdoa secara berjemaah memohon agar diberikan rezeki yang mencurah bagi melayari bahter kehidupan selain menambah isteri lebih daripada seorang.

Ramai mempersoalkan individu terbabit mendoakan sebegitu kerana ia seolah-olah mencemarkan nama baik mereka yang terlibat dengan keagamaan.

Lebih mengejutkan, pegawai berkenaan dalam doanya memohon kepada Allah agar jabatan islam menjadi jabatan yang terbaik serta melahirkan suami yang paling ramai poligami pada jabatan tersebut.

Doa tersebut dilakukan secara berjemaan dan ternyata ia diaminkan oleh ramai individu hadir sehingga mengundang kritikan netizen.

Sementara itu Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan mendapati bacaan doa tersebut adalah di luar daripada teks doa yang telah ditetapkan pihak penganjur.

“Justeru tindakan nasihat dan teguran telah diberikan terhadap pegawai berkenaan yang merupakan Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan agar mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang,” katanya.

Ia adalah bagi memastikan profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan agar imej sesebuah institusi Islam sentiasa terpelihara.

 

Sumber: Twitter @RajaMohdShahrim, Sinar Harian (Norafiza Jaafar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *