Larut malam seorang ibu Melayu call saya, baby baru meninggal dunia.. bayangkan kesedihan beliau.. selepas bertarung nyawa 15 hari di IJN dan akhirnya redha kerana Allah lebih sayang baby, pada waktu itu beliau dan suami nak balik ke Utara, poket pula kosong.
Bayangkan keperitan mak dan ayah baby… dalam kegelapan di bilik maiyat IJN, mereka ptah semangat.
mereka tak tahu mana nak cari van jenazah, tak kan nak minta van jenazah dan nak hutang pula. nak makan pun duit tak ada, semua seolah-olah dunia begitu gelap.
Aku terus berdoa akan keselamatan dan di mudahkan mereka pulang, semoga jasad baby dapat di sempurnakan dengan baik dan cepat, sudah tengah malam.
kamu orang telah di buai mimpi dalam kelenaan mu, aku tersenyum seorang diri, aku tahu ibu dan ayah ibu mesti terkejut kerana semua di mudahkan, anak anak buah saya dari Team Amal Hery pun ambil jenazah dan bawa pulang.
Saya tersenyum dan cuci kaki untuk tidur lena kerana aku faham aku juga akan pulang, tetapi sebelum aku pulang biarlah aku uruskan yang pulang sebelum ku.
tak kira apa kaum, apa agama sekali pun, kerana aku yakin tuhan sayang mana mereka yang membantu pada orang yang dalam kesusahan.
Minta maaf, munking cerita aku tulis ni tak berpanjang untuk kali ini, biarlah aku dan kamu orang jadi lah manusia yang bermanfaat kepada mereka yang lain, Semoga apabila kita sudah bertukar status menjadi mendiang atau arwah jasad kita di permudahkan.
Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Mediaportal