Semasa

Aku umur 42 thn, masih cantikbergetah. Dah empat tahun aku xpuas dgn suami disbbkn dia ada kncing manis

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Terima kasih admin jika luahan saya disiarkan. Terima kasih juga kerana hidekan profile saya.

Sebelum saya mulakan, saya ingin mohon ampun dan maaf jika luahan saya ini keterlaluan. Malam ini air mata saya tak tertahan dari gugur lagi. Saya begitu kecewa dengan suami saya.

Pendek kata berpantang tak ada langsung dalam kamus hidupnya. Walaupun saya kontrol pemakanannya di rumah tapi saya tahu dia masih membeli ketika berada di luar.

Minuman yang tinggi gula itulah kegemarannya. Jika makan diluar bersama pandai pula dia order minuman kurang manis dan air suam. Tapi jika ditempat kerja wallahualam.

Itulah yang amat saya kesalkan. Saya juga ada mengajak dia beriadah dan bersenam tapi janji hanya tinggal janji.

Sebenarnya kami memang selalu berbincang berkenaan penyaakit suami dan begitu juga masalah batinnya dan ada juga timbul cadangan rawatan seperti pergi berurut tapi kami berdua akhirnya bersepakat untuk memastikan kadar gula suami turun dahulu kemudian barulah berusaha untuk perihal btinnya.

Namun semua yang dibincangkan itu seperti tiada hala tuju..nak berjaya jauh sekali kerana sikap suami yang sedemikian. Nasihat sudah tidak terkata supaya ambik berat soal penykit tapi seperti mencurah air kedaun keladi saja.

Kadang tu ubat sudah habis pun dia buat tak tahu sajer. Selagi saya tak bertanya dan beli..memang dia takkan belilah.

Sampai bila harus begini. Hanya saya yang bersungguh untuk memastikan dia sihat ibarat kata. Saya menuang madu kemulutnya setiap hari tapi dalam masa yang sama dia meneguk rcun juga setiap hari dibelakang saya.

Segala usaha saya sia sia saja. Kadang kala ada juga saya bagi sindiran padanya yang seolah-olah tak sayangkan isteri dan anak kerana lebih suka tubuh badan skit. Tapi dia hanya tersengih saja.

Oleh sebab perangai dia macam ni lah dia masih selalu penat penat. Kencing manis still tinggi pada tahap berbelas belas.

Dan kerana itu juga saya sudah lama tidak mendapat nafkah btin yang sebenar-sebenarnya. Saya agak mungkin sudah 4 tahun lamanya. Jika nak tunggu suami mulakan jangan haraplah walaupun nfsunya masih ada.

Dia tidak berupaya untuk beraksi seperti lelaki normal yang lain seperti sebelum ini. Jika setelah selesai haknya tertunai setakat yang dia perluukan (rasanya tak perlulah saya sebut disini) tertidurlah dia. Saya disisi dibiarkan begitu sahaja sendiri memendam perasaan. Begitulah selalunya.

Saya ada meluah padanya berkenaan dengan nafkah btin saya. Dia hanya berjanji kosong semuanya akan pulih seperti sediakala.

Kalau di rumah, selepas balik kerja dia banyak habiskan masa di ruang tamu dengan handphone sambil berbaring dan akhirnya tertido di sofa. Kepenatan selalu. Sedangkan saya sendirian dibilik tidur sendirian dan

Melihat dia saya merasa seperti bersuamikan seorang lelaki tua berusia yang serba serbi tidak larat. Demi Allah saya rindukan belaian suami seperti dulu.

Kadang kadang saya solat malam dan berdoa supaya Allah hiilangkan saja nfsu saya supaya reda gundah gulana dihati ini. Saya berusaha untuk tidak memikirkan hal itu lagi tapi saya hanya manusia biasa.

Saya tidak mampu. Walaupun saya tertekan dan stress, saya sayang dan cinta suami sangat-sangat. Untuk nafkah zahir tak ada masalah dia amat pemurah pada saya dan anak-anak.

Tolong jangan kcam saya. Apa yang saya harapkan berilah pendapat atau komen yang membina Terima kasih.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *