Semasa

“Myvi Tiba² Uturn..” lbu maut Dilanggar, Motosikal Kempuh Kereta Buat Pusingan U. Salam takziah buat keluarga

Sungai Petani: Seorang wanita meninggal dunia manakala anak perempuannya parah selepas motosikal ditunggang merempuh Perodua Myvi yang tiba-tiba membuat pusingan U pada kejadian di Kilometer 68, Jalan Alor Setar-Butterworth dekat sini, semalam.

Pada kemalangan jam 1.55 tengah hari membabitkan tiga kenderaan itu, mangsa yang membonceng motosikal meninggal dunia ketika dirawat di hospital manakala anaknya patah paha kiri.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dilanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Pembonceng motosikal yang berusia 52 tahun dan anaknya yang berusia 24 tahun serta bekerja sebagai operator kilang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, si ibu disahkan meninggal dunia jam 3.05 petang akibat parah di kepala manakala anaknya masih menerima rawatan,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Myvi yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Luahan dari anak mangsa:

“Hilang doa dari seorang ibu..selamat jln mak..semoga mak tenang dkt sna selamat beristirehat mak…mak dh x sakit didunia nie…tamatlah tugas seorang ibu seorang ank dn seorang isteri..al fatihah utk mak
Kak syg mak dunia akhirat” – Nurhafiza

“Sesungguhnya yg hidup psti akn mati..ku kehilangan sorg lg kakakku.al fatihah kakakku Nor Hasna…tiada lg org yg akn mengikutku kemna2 selepas ney..” – Shima

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *