Semasa

Ustazh Asma’ Raih Anugerah Tokoh Sayidatina Aishah, Emak TuIang Blkg YgTerkuat, Didikan Bapa Bntuk Diri

EMAK tuIang belakang terkuat, didikan bapa bentuk diri, demikian ungkap pendakwah wanita, Ustazah Asma’ Harun menerima Anugerah Tokoh Sayidatina Aishah daripada kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini.

Lembut bicara dalam menuturkan ilmu dan memiliki karakter tegas, tidak hairan beliau sentiasa menjadi ikutan dan rujukan wanita.

Tidak pernah jemu berkongsi dan memberikan inspirasi kepada masyarakat, anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu berkongsi berita dikurniakan pengiktirafan tersebut dalam Program Hari Sayyidatina Aishah Kali Ke-2 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman 2022.

Beliau yang juga penaung Yayasan Al Hijrah, Pengarah Hijrah Excel AF Sdn Bhd dan penaung badan sukarela Sahabat Amal Care (SAC) tidak Iupa mengenang dua insan istimewa iaitu ibu bapanya.

“Insan terdekat yang menguatkan diri ini serta merupakan tuIang belakang terkuat adalah emak yang melahirkan diri ini, Hajah Fikriah binti Awang dan arwah ayah yang membentuk diri saya yang sekarang, Haji Harun Bin Ismail. Tanpa keberkatan doa serta didikan mereka, tiadalah saya seperti hari ini,” katanya.

Menggalas tugas sebagai ibu, isteri dan dalam masa yang sama bergelar pendakwah tentunya bukan mudah. Justeru, wanita hebat itu turut menitip penghargaan buat suami dan tujuh orang anak yang banyak berkorban.

“Suami tercinta, Tengku Fazli Tengku Yahya dan anak-anak iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah. Sentiasa menyokong, membantu dan banyak berkorban dalam jatuh bangun di sepanjang jalan dakwah ini. Allahuakbar, semoga syurga tertinggi baIasan buat mereka,” titipnya.

Asma’ yang memiliki Ijazah Sarjana Pengajian Islam, OUM Negeri Sembilan, Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar dan Diploma Syariah dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (kini Universiti Sultan Zainal Abidin) menyeru wanita mencontohi keperibadian wanita hebat, isteri Rasulullah SAW iaitu Sayidatina Aisyah RA.

“Kalian semua ada bahagian tersendiri dalam perjuangan ini. Mudah-mudahan kita sama-sama menjadi wanita yang berilmu, dipenuhi dengan jiwa yang tenang dan terus kuat dengan menjadikan Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah RA sebagai contoh teladan. Untuk menjadi wanita dambaan syurga perIukan usaha dan mujahadah,” titipnya.

Selayaknya anugerah ini dikurniakan untuk Ustazah Asma’ Harun atas usaha dkwahnya dan sumbangan kepada masyarakat.

Semoga pengiktirafan diraih beliau menjadi inspirasi buat wanita lain dalam apa juga bidang yang diceburi.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Facebook Ustazah Asma’ Harun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *