Semasa

“Malulah saya macam ni..” Dakwa Rambut Rosak, Berisiko Botak, Sekali Ini Tindakan Siti Jamumall kepada Salon

Jahanam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak.”

Itu luahan rasa sedih dan geram pempengaruh atau influencer yang juga ahli perniagaan, Siti Jamumall apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut, semalam.

RAKAMAN VIDEO KLICK DI BAWAH SEKALI

Susulan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab.

“Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni,” katanya.

Perkongsian sama telah dikongsikan Siti Jamumall menerusi sebuah hantatan di Tik Tok yang sehingga kini sudah pun menerima ratusan komen wargamaya.

Siti Jamumall berkongsi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

“Pendandan tu sampai lebih sejam lebih dia ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’.

“Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya. Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.

“Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala. Rambut saya sampai pendek dan putus banyak.

“Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘bleach’ sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja. Lepas tu pasang ‘hitter’.  Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI

Sumber – Tiktok Jamumall, MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *