Semasa

“Dah anak tiga takkan tak tahu beranak ni sakit, lepas ni tak payah beranak..” Aku terkjut kena jerkah masa bersalin

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak ceritakan secebis pengalaman aku bersalin di sebuah hospital kerajaan di utara, yang mana merupakan pengalaman yang paling buruk bagi aku.

Aku sebenarnya lebih memilih untuk bersalin di hospitaI swasta tetapi memandangkan aku ada GDM (Gestational Diabetes MeIIitus) dan juga HB yang rendah, aku membuat keputvsan untuk bersalin sahaja di hospitaI kerajaan, takut kalau berlakunya komplikasi dan aku dikejarkan ke hospitaI kerajaan semula.

Aku sedar dari tidur bila waktu melawat dah habis dan suami dah perlu keluar dari wad. Masa tu aku rasa s4kit semula, dan memang sangat s4kit sampaikan aku dah tak lalu nak makan. Malamnya selepas Maghrib aku rasa lapar.

Sambil menahan s4kit, aku pinjam telefon jiran katil sebeIah untuk telefon suami hantarkan makanan sebab nurse dah ambil balik tray makanan yang diletak di meja aku tadi, tak sempat pun makan sebab aku tertidur. Kat sini dah mula peristiwa demi peristiwa yang buat aku rasa, AZABNYA bersalin di sini.

Suami datang untuk hantarkan makanan bubur ayam yang aku minta, maIangnya tak boleh masuk wad. Tak apa aku tak kisah, tetapi guard di ward juga tak mahu tolong hantarkan bubur ayam kepada aku yang tengah menahan s4kit contraction dan lapar yang amat sangat ni, atas alasan apa aku pun tak tahu.

Bukan suami aku minta masuk pun, dia faham itu bukan waktu melawat, tetapi kenapa tak mahu tolong hantarkan bubur ayam tu kepada aku, suami aku mula b3ngang dengan prosedur yang aneh begini. Lepas Isyak, aku merasa s4kit yang amat – amat sangat.

Memang tak dapat aku bayangkan sakit contraction yang sebegini sakit, sebab anak pertama dan kedua dulu langsung tidak sakit yang begini. Biar aku cuba gambarkan ya. S4kitnya seperti ada orang cuba pusing dan r0bek semua isi perut aku, dan s4kitnya bukan datang kadang – kadang ya tetapi setiap satu dua minit sehingga aku rasa amat tersiksa menahannya.

Aku berkali – kali tahan nurse yang lalu Lalang di tepi katil untuk meminta sedikit makanan buat alas perut sebab aku takut tak ada tenaga untuk meneran nanti. Nurse menjawab ya ya, sekejap dan kemudian berlalu tanpa datang lagi.

Seingat aku, tiga empat kali juga aku minta makanan sebab lapar sangat tetapi begitulah. Sampai dah tengah malam, aku memang tak boleh menanggung s4kit yang amat sangat sampai aku minta untuk czer sahaja dari doctor sebab tak dapat tahan s4kit dah.

Doctor tak bagi sebab katanya dah 4 cm. Aku juga minta diberikan epidural dari awal lagi, dan dijawab tengoklah macam mana nanti. Klimaks cerita aku di sini, apabila bukaan sudah 5 cm, aku ditolak ke bilik bersalin pada pukuI 1 pagi.

Waktu ditolak, aku memang sudah lemah dan semangat aku memang tiada sebab aku langsung tiada tenaga sebab aku rasa lapar sangat. Note ya, last aku makan adalah pada pukuI 4 petang tadi. S4kitnya aku rasa ketika itu, kerana nurse mula mengelilingi aku untuk memasang drip dan membuat itu ini, yang aku pun tak pasti apa yang dibuat kerana terlalu s4kit, aku memang seperti mamai dan hilang kawalan diri.

Di sinilah nurse mula memberi aku tekanan. Yang aku dengar di telinga aku ketika itu, “Kenapa h4ng ni tak boleh dengar arahan sangat ni? Boleh tak bagi kerjasama?” Jerkahnya ketika meminta aku membuka kaki, untuk mereka memeriksa bukaan serviks lagi.

Aku yang memang sangat – sangat s4kit ketika itu, antara dengar – dengar dengan tidak, menerima sahaja apa yang dik4takan sebab aku memang tak larat langsung nak menjawab apa – apa. “Pakailah mask tu elok – elok, tahu tak kena pakai mask waktu bersalin? Dahlah tak buat swab test tadi!”

Dijerkahnya aku, terpinga – pinga aku, sebab dalam keadaan s4kit yang amat sangat tu, mask aku senget ke apa ke aku pun tak tahu dan tak sempat nak belek dah. Macam, tak bolehkah cakap elok – elok dengan aku?

“Itulah, dah tahu beranak ni s4kit, taknak bersedia mentaI dan fizikaI.”

“Dah anak tiga, takkan tak tahu beranak ni s4kit!” Demi Allah, aku memang tidak tahu s4kitnya seperti ini sebab ketika melahirkan anak pertama, s4kitnya cuma sejam manakala untuk anak kedua s4kitnya cuma tiga jam, berbanding kali ini selama berbelas jam aku menahan s4kit.

“Lepas ni tak payah beranak dah, ambik perancang tu pakai!”

Dalam kes4kitan yang amat sangat, aku meminta epidural buat kesekian kalinya. Katanya tidak boleh, tak ada siapa nak layan malam buta macam ni sebab katanya tak ada yang nak cucuk epidural tu, lagipun ada kes lain di bilik bedah.

Aku minta sebarang jenis ubat tahan sakit yang ada, dan di akhirnya, aku diberikan ubat tahan sakit tak tahu jenis apa, mungkin suntikan ataupun secara drip di tangan. Kata nurse yang sama juga, “Ubat ni akan buatkan h4ng mengantuk dan baby pun mengantuk.”

Setelah beberapa saat, rasa memulas dan s4kit yang amat sangat di bahagian perut mula hilang dan s4kit itu bertukar pula ke bahagian bawah, di serviks pula. Aku merasa s4kit yang amat sangat pula di bawah, seperti rasa ingin meneran berkali – kali dan seperti ada sesuatu yang besar menolak – nolak ingin keluar di bahagian bawah.

S4kit yang amat sangat aku rasakan sampai berpuluh kali aku berdoa, Ya Allah bagiIah aku pengsan supaya aku tak rasa s4kit ni dah. Ya Allah siksanya, tolonglah hentikan siksaan ni Ya Allah, aku tak tahan dah ni, lamanya aku rasa kes4kitan itu.

Demi Allah, tak pernah aku rasakan kes4kitan yang sehebat ini. Ditambah dengan suara nurse yang meny4kitkan hati aku, sedih sangat rasanya aku diperlakukan seperti itu waktu aku di persimpangan antara hidup dan m4ti, sampai aku terfikir, mudah sangatkah nurse ini bersalin, sampai berulang kali dik4tanya aku dengan ayat – ayat di atas?

Apalah salah aku dengan dia, dia kenal aku pun tidak, tetapi ayat – ayat yang keluar dari mulutnya begitu menggur1s hati aku. Aku fikir, jika aku menghembuskan nafas terakhir di meja bersalin itu, mungkin (tidak tahu pasti atau tidak, hanya mungkin) aku akan mendapat syahid kerana melahirkan anak tetapi bagaimana dengan nurse yang begitu lantang berkata pada aku itu, sempatkah dia meminta maaf pada aku kerana kata – katanya itu?

Aku berusaha membuka mata untuk melihat wajahnya, tetapi aku tidak dapat mengecamnya kerana dia memakai mask, dan aku yang memang sedang s4kit yang teramat sangat tidak dapat fokus kepada apa – apa pun.

Dalam hati aku, kalau aku dapat mengecamnya, kalau aku dapat namanya sudah cukup, aku akan hantar e-mel kepada KKM dan juga SISPAA, supaya dia tahu aku bukan surirumah yang bodoh yang tak tahu apa – apa walaupun dih1na sebegitu rupa.

“Bukalah kaki tu elok – elok! Jangan dok angkat punggvnglah! Nak sangat kot kena jahit sampai ke punggvng!” Tak habis lagi rupanya nurse ini memerli aku sedangkan aku tak sedar dah apa yang aku lakukan, betapa s4kitnya hingga aku hilang kawalan diri. Allahu, siksanya pengalaman kali ini.

Aku dijerkah lagi bila sesudah melahirkan anak, dia letak anak di atas d4daku. “Bukalah mata tu tengok anak pegang la elok – elok!!” Ya Allah, tadi dia yang cakap aku akan mengantuk bila ubat tu dimasukkan ke badan aku, sekarang bila aku mamai dan mengantuk begini, dijerkahnya pula aku. Salah akukah?

Waktu dijahit pun, berkali – kali rahim aku diseluk untuk mengeluarkan d4rah beku, sampai aku memegang tangan doktor meminta dilakukan dengan perlahan sebab aku s4kit sangat, tetapi dijawabnya, jangan pegang tangan saya.

Tak tahu kenapa ujian aku begitu besar ketika itu, berhadapan dengan orang – orang yang tidak ada perasaan kemanusiaan dan empati pada orang lain, sedangkan seingat aku, aku bukanlah manusia yang jahat yang berbuat perkara yang sama kepada orang lain di sekeliling aku.

Bukanlah aku orang yang baik sangat, tapi tidak tergamak rasanya menuturkan kata – kata yang begitu meny4kitkan hati orang lain seperti itu. Inilah secebis pengalaman aku bersalin di hospitaI kerajaan, yang aku rasa sangat beri kesan besar kepada em0si aku selepas itu kerana sungguh aku tak mampu memaafkan kata – katanya, terlalu menggur1s hati dan aku berharap Allah tidak memakbulkan doa aku yang merasa terani4ya ketika itu.

Masih terngiang semua kata – katanya, segar di dalam ingatan. Aku sedang berpantang hari yang ke 25 pada hari ini. Buat nurse itu, aku tidak mahu berjumpanya langsung lagi, sama ada di dunia ataupun di Padang Mahsyar nanti kerana terlalu benci ingin berjumpa. Harap anak perempuannya, atau cucu perempuannya nanti, jika dia ada, tidak dilayani sepertiku ketika bersalin nanti. – Sarah (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *