Semasa

lsteri Orang Dicekup, Kononnya Jumpa Bomoh Untuk Selesai HaI Masalahh Rumah Tangga

SUNGAI PETANI – Tindakan wanita yang juga isteri orang mengunjungi rumah seorang bomoh kononnya untuk mendapatkan bantuan kerana mempunyai masalah rumah tangga memakan diri apabila mereka dicekup kerana bersekedudukan di sebuah rumah di Bedong di sini pada Jumaat lalu.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam serbuan pada pukul 2 pagi itu, bomoh tersebut yang berusia 65 tahun mengambil langkah berani dengan mencabar penguat kuasa supaya melakukan pemeriksaan bagi membuktikan dakwaan terdapat wanita di dalamnya.

“Ketika pihak kami memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan, lelaki tersebut (bomoh) yang hanya berseluar pendek memberitahu, dia berada di rumahnya seorang diri.

“Bagi menyakinkan anggota penguat kuasa, lelaki itu mempelawa pemeriksaan dilakukan di dalam rumah berkenaan. Pihak kami menjumpai seorang wanita dalam keadaan berkemban di tingkat atas rumah tersebut,” katanya.

Mohd. Noor memberitahu, siasatan mendapati wanita itu sudah beberapa kali datang dan bermalam di rumah bomoh tersebut sebelum ini.

“Bomoh itu tinggal seorang diri kerana isterinya yang lumpuh dijaga oleh anak mereka yang tinggal di luar daerah ini.

“Wanita itu mengaku dia mengunjungi rumah bomoh tersebut untuk mendapatkan bantuan bagi memudahkan proses penceraian bersama suaminya,” katanya.

Menurut Mohd. Noor, pasa­n­gan itu ditahan kerana me­lakukan kesalahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Tambah beliau, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk proses dokumentasi sebelum diarah hadir untuk proses tindakan undang-undang di Mahkamah Syariah Kuala Muda di sini dalam masa terdekat.

“pmpuan tu kne mandrem kot…eee…llu lak dgn org tua cmtu….nme pn bomoh…xda isi bkn dialh..” – Finaz

“Orang muda kena jumpa bomoh di mintak petua keras teguh tegap. Jangan dianggap remeh kerana isteri orang boleh tukar lane dek teringat si tua ni.” – Arie

“Semoga mendapat HIDAYAH ALLAH SWT…Al Fatihah di baca untuk hambaNya yang masih hidup, sedang sakit dan telah kembali ke Rahmatullah… Hidayah milik Allah SWT, Iman tidak di warisi…” – Anuar

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *