Semasa

“Sempat Update Status Sehari Sebelum..” lbu Sarat HamiI Pergi Buat Selamanya Slps Kerap Batuk

Hamil di lewat usia atau di atas umur 35 tahun biasanya membuatkan si ibu ataupun kandungan terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

Memanglah tidak mustahil untuk melahirkan anak, namun keberangkalian untuk mendapat komplikasi ketika proses tersebut adalah sangat tinggi baik secara normal mahupun kaedah caesarean.

Itulah turut berlaku kepada seorang wanita bernama Aizura Zulkifli yang sedang sarat hamil anak kelima.

Walau bagaimanapun, individu yang berusia 40 tahun tersebut dikhabarkan telah pun dijemput Ilahi semalam selepas mengalami gangguan pada pernafasan. Lebih sedih lagi apabila Allahyarhamah turut tinggalkan suami yang sedang PJJ serta 4 lagi anak masih kecil.

Terdahulu Allahyarhamah Aizura sempat lagi memuat naik satu posting panjang di ruangan Facebook miliknya meluahkan ketidakselesaan yang dirasakan sejak akhir-akhir ini.

Dia menceritakan detik sukar bernafas dan juga makan dengan baik kerana terlalu kerap batuk sehingga dada terasa seperti mencucuk. Malah di akhirnya, wanita tersebut juga sempat meminta doa semua untuk dirinya terus sihat seperti biasa.

Menjengah ke beberapa posting daripada rakan, pemergian tersebut dikatakan cukup mengejut kerana Allahyarhamah masih lagi aktif dihubungi melalui WhatsApp dan juga media sosial yang lain. Malah ramai mengakui turut merasa ralat selepas membaca status tentang masalah kesihatan yang dilalui.

Nikmat bernafas
Nikmat berak
Nikmat kentut

Antara nikmat yang jarang kita syukuri. Sebab hari2 kita dapat buat tanpa masalah. Bangun pagi je nahhhh dah boleh hirup udara segar. Masuk toilet boleh melabur seperti biasa.

Sejak aku buka buku pink hari tu aku dah terbatuk2 kecil. Nurse ada tanya masa tu, tapi aku cakap sebab aku muntah lepas gosok gigi, so tekak tak selesa. Rupanya batuk tu bukan sekejap je.

Batuk2 ni menyebabkan aku semakin mengah nak bernafas, sampai ofismate ingat aku pi jogging. Bila batuk makin teruk, apa aku makan semua aku muntahkan balik. Semua. Aku jadi tak lalu nak makan lepas tu. Muntahkan makanan, tak makan, maka tak berak.

Few days lepas tu, hari selasa 18/10, aku batuk, mengah dan sakit dada belah kanan, kahak ada darah sikit. Aku pi klinik. Doktor bagi ubat batuk herba sahaja. Kalau sakit dada sangat boleh amik paracetamol. Ubat lain memang tak sesuai.

Hari khamis, aku rasa agak ok dan ada selera makan. So pagi makan bihun kat opis. Tengah hari tu aku makan limau sejuk. Lepas makan limau tu rasa tak selesa kat dada kanan. Bukan rasa ketat, tapi rasa sakit mencucuk. Aku agak ni angin.

Khamis malam dah start rasa tak larat, cakap kat husband tapi dia macam berbelah bahagi nak balik, ada urusan lagi. Aku macam dah tak kisah dah kalo dia tak balik aku call je la ambulans. Yam dengan Haajar pandai2 la survive. Aku takleh baring, sakit sangat. Tak ada posisi yang selesa. Aku just boleh tidur duduk je. Tarik nafas dan batuk rasa sakit sangat dada.

Sebelum subuh husband dah sampai dari Johor. Dalam pukul 4 macam tu aku sakit dada sangat2. Nafas mencungap. Bila tarik nafas dalam2 rasa macam kena tikam. Aku decide amik paracetamol, kurang sikit sakit. Tak boleh tidur langsung, just pejam mata tahan sakit je.

Jumaat aku sekali lagi pi klinik. Oksigen turun sikit so doktor bagi neb. Dapat ubat sembelit juga. Ha iye. Seminggu tak berak ok.

Alhamdulillah now aku dah boleh nafas agak baik. Kalau baring masih tak selesa. Tarik nafas dalam2 still ada rasa mencucuk dada tu so aku just nafas pendek2 je. Semua aktiviti melibatkan otot dada dan perut macam batuk, bersin, muntah, menguap, tarik nafas dalam2, semua buat aku rasa sakit. Kahak pagi2 still ada darah pekat, agaknya aku batuk kuat sangat.

Aku tak penah kena benda ni. Gerd ke apa memang tak pernah. Aku memang dah stop kopi, kurangkan gluten sbb rasa bloated lepas makan. Makanan tinggi histamin aku memang ada issue so sepanjang peknen jarang sangat aku amik.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – FB Aizura Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *