Nama penyanyi rap sensasi, Caprice menjadi bualan ‘hangat’ ramai di media sosial apabila kerap melakukan pendedahan berhubung jenayah sksual membabitkan golongan pendakwah.
Pagi ini tular lagi di facebook nama Caprice. Menurut Muhamad Hasril, Caprice dikatakan ingin mengambil tindakan terhadap pihak Mydin kerana memalukan beliau dalam satu ciapan di Twitter.
Baca status yang baru dimuatnaik oleh Hasril di bawah :
Kepris di planet instagram mengancam untuk menyaman Mydin sebanyak RM30 juta kerana ciapan pasaraya itu di planet twitter yang didakwa menyebabkan beliau mengalami malu.
Beliau yang juga dikenali sebagai Topinasi itu juga meletakkan countdown 24jam di IG story supaya ciapan itu dipadamkan selain meminta Mydin membuat video permohonan maaf dan memberi pampasan.
Ciapan Mydin tersebut :
“Ingatkan nak beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice.”
“Bila sampai rumah rasa macam tak perlu je cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam 24 jam”
Sekadar untuk mengeruhkan keadaan, saya bawa ke planet facebook.
Menjengah ke instagram milik Caprice, beliau telah memuat naik satu kenyataan berhubung ciapan Mydin tersebut.
Tambah Caprice, beliau memberi tempoh 24jam untuk pihak Mydin membuat permohonan maaf.
Apa pun, pihak kami mendoakan semoga kedua belah pihak dapat menyelesaikan isu tersebut dengan baik.
Terdahulu, nama Caprice tular di beberapa laman sosial selepas terpalit dengan salah faham antara dia dan Cikgu Fadhil.
Malah, pemilik nama Ariz Ramli ini juga prihatin mahu membela nasib seorang guru yang dikatakan dikenakan tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan terkini di media sosial.
Bagaimanapun, penolakan secara baik oleh guru dikenali Mohd Fadli Salleh itu dipercayai punca Caprice terguris hati.
Bagaimanapun, isu tersebut telah selesai kerana cikgu Fadli sudah tampil meminta maaf dan menerangkan punca sebenar.
Terbaharu, perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali SZ Darwisyah mengenai kandungan tangkap layar Caprice di laman Instagram membuatkan ramai ‘muak’ dan ‘penat’.
Menerusi tangkap layar tersebut, Caprice mengatakan dia tidak cukup tidur selain meminta individu dimaksudkan tampil meminta maaf sebelum pasukannya memulakan kerja ‘risikan’ mengenai sisi gelap sebenar kepada ramai.
Selain itu, tangkap layar berikutnya seolah-olah memberi bayangan terdapat seorang guru sering membuat jenaka secara terbuka mengenai pakaian dalam terhadap kanak-kanak.
Dia start dah, penat macam ni
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahka rasa muak dengan ‘drama’ yang dilakonkan oleh Caprice di media sosial.
Pembuli, gila publisiti
Selain itu, ada juga mengatakan tindakan Caprice mahu mendedahkan ‘rahsia’ seseorang di khalayak umum seolah-olah sedang melakukan jenayah buli siber.
Geramnya aku!
Jangan sampai aku suruh KKM paksa ‘tidurkan’
Sehingga kini, tidak tahu siapakah gerangan individu yang dimaksudkan oleh Caprice.
Apa-apun, diharapkan agar Caprice terus membela nasib orang benar-benar memerlukan tanpa menjatuhkan aib seseorang di media sosial.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Facebook Muhamad Hasril