Semasa

Penolong Pegawai Perubatan meninggaI dunia rentvng dalam kereta. Salam takziah buat keluarga

Kuala Lumpur: Wanita yang rentung dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 10.8 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dekat Bukit Jalil di sini, pagi tadi, adalah Penolong Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya.

“Siasatan mendapati kereta dinaiki mangsa bersama empat penumpang berhenti di lorong kecemasan dan ketika bergerak untuk meneruskan perjalanan, kereta mereka dilanggar Proton Saga dari arah belakang.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas merempuh pembahagi jalan dan kemudian terbakar.

“Keempat-empat penumpang berjaya menyelamatkan diri manakala pemandu tersepit di tempat duduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zam Halim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahammad Sadiq Yusoff di talian 013-4545679 atau Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20719999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *