Semasa

Wanita Yg Ditetaak Kedua Tangan Oleh Suami Sehingga Hampir Putus Akhirnya Menerima Rawatan

Wanita yang cedera parah akibat ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat, di sini, dibawa ke bilik bedah petang semalam dan kini sedang dipantau di ICU HRPZ II, Kota Bharu.

Tumpat: Wanita yang ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat di sini, petang kelmarin, mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua tangannya hampir putus selain retak tempurung kepala dan luka di beberapa bahagian badan.

Menurutnya lagi, mangsa ada memberitahu ingin berpisah dengan suaminya dan sebelum ini juga, dia pernah menerima ugutan akan ditikam ketika berselisih faham.

“Kami tidak sangka masalah mereka akan berakhir dengan tragedi. Emak yang sebelum ini menyara keluarga dengan menjual kuih sudah tidak mampu bekerja disebabkan kejadian itu selain trauma.

“Apa yang kami harapkan adalah pembelaan buat adik kerana dia mungkin akan mengalami kecacatan kekal kerana dua belah tangannya hampir putus dalam kejadian itu dan doktor sedang cuba yang terbaik,” katanya.

Pada kejadian jam 6.35 petang kelmarin, lelaki berusia 27 tahun itu menikam isteri dan ibu mentuanya dipercayai disebabkan perselisihan faham.

Lelaki terbabit ditahan polis di Lembah Sireh, Kota Bharu pagi semalam.

Lelaki yang memiliki empat rekod lampau itu kini direman sehingga 25 Jun ini.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *