ALOR SETAR: Polis terpaksa menggali semula kubur seorang wanita warga emas selepas kematiannya disyaki terdapat unsur jenayah, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Menurutnya, susulan kebenaran diperoleh daripada Mahkamah Kulim, kerja penggalian semula kubur mangsa di Tanah Perkuburan Serdang itu dilakukan semalam bagi mengeluarkan semula jasadnya untuk bedah siasat.
Wan Hassan berkata demikian selepas hadir pada Majlis Penyampian Hadiah Pertandingan Futsal dan Karate Piala Ketua Polis Negara di Stadium Suka Menanti semalam.
Penggalian kubur wanita berkenaan dilakukan susulan laporan dibuat anak mangsa yang mengesyaki kematian ibunya mungkin akibat perbuatan jenayah.
Ini berikutan, barang kemas mangsa iaitu gelang tangan dan cincin, serta telefon bimbit mangsa didapati hilang ketika mayat mangsa ditemukan.
Selain itu, anaknya turut mendakwa melihat kesan tompokan darah pada cadar serta kain lampin dipakai mangsa selepas membuat pemeriksaan lanjut.
Katanya, polis bertindak mengikut prosedur dan siasatan akan dijalankan secara rapi dan menyeluruh bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita berkenaan.
“Semoga dipermudahkan urusan,,bab sakit tersiksa mayat tu bukan isunya,,kalau rase takut mayat tersiksa,,tak bedah siasat pun ,,sakit jgk nanti,,mayat akan mereput dimakan cacing,dimamah tanah,,xde beza pun,,kalau rase itu sakit,,proses mereput tu pun dah jelas2 sakit,,” – Ibrahim
“Benda berlaku terlalu cept. .Masa kejadian ank2 dh keluaq p keja.. tau2 ja dpt kol mak dh xdak…. Lps kebumi blik umah dok bincg family br perasan brg mas mak dorg xdak… Sgkakn ada yg amik simpan rupanya semua x tau…. Ni apA yg di ceritakan menantu arwah kat suami sy” – Siti Mariam
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – AW