Kulim: Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan dua wanita selepas didapati berkhalwat dengan dua lelaki warga Bangladesh dalam bilik berasingan di sebuah rumah tumpangan di Lunas, di sini, hari ini.
Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan dengan bantuan polis di rumah tumpangan itu selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan dua pasangan terbabit.
“Dia turut memberi alasan kepada suaminya untuk mengambil lesen kenderaan bersama rakan,” katanya.
“Mereka ditahan mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lunas untuk dibuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan,” katanya.
‘Nauzubillah.. minta jauhkan la dari kami.. apa nak jadi la sebab duit sanggup menyundal.. hancur remuk hati suami dpt tahu ni..” – Hatta San
“Ya Allah…Allah …jauhi ujian kecurangan ini dari hidup ku ….macam2 kisah akhir zaman” – Hanna
“Ikut syariat Islam berat hukumnya tu…moga Allah kurniakan hidayah pd mereka dan kita semua” – Zul
“Dan seketika di berita alhijrah baru2 ini… Malaysia kekurangan tenaga kerja warga asing” – Fateehah
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – HM