Semasa

“Adik dah cuba tarik kakak keluar..” Wanita meninggal dunia kereta hilang kawalan terbabas masuk parit

Teluk Intan: Wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kereta Proton Persona dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di Jalan Chui Cak-Langkap di sini, malam ini.

Wanita berusia 29 tahun itu maut di lokasi kejadian, manakala lelaki berusia 22 tahun mengalami kecederaan.

Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.04 malam.

“Semoga tenang di alam sana,kakak sepupu ku… Aku bersaksi bahawa arwah seorang anak yang sangat baik… Semoga diberi ketabahan buat kedua org tuanya serta adik beradik nya hadapi ujian ini.

Mohon doakan arwah sepupu kami ya.. Doakan juga adiknya di beri kesembuhan..Semoga dipermudahkan segalanya. Aaminn..
Al fatihah..”

“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta Proton Persona hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit dan terdapat dua mangsa terbabit.

“Anggota bomba kemudian menaikkan mangsa lelaki menggunakan tali dan ‘spine board’ sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

“Sementara, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis, “katanya

Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada 10 malam.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *