Setiu: Seorang wanita serta bayinya yang berusia 12 bulan maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah tangki minyak di Kilometer 83, Kampung Bintang, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu, Setiu, petang tadi.
RAKAMAN VIDEO KEJADIAN KLICK DI BAWAH SEKALI
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa, Fatin Hazlin Dahlia Mazlam, 30, beralamat Kampung Batu Hampar, Jalan Telemong, Manir yang memandu Perodua Alza meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Tiga anak pasangan suami isteri itu, Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd Lekman,1, maut, Nur Qaireen Luffiya Mohd Lekman, 5, patah peha kiri, serta Sayyid Lutfi Mohd Lekman, 7, patah tangan kiri.
“Seorang lagi penumpang Alza, Muhammad Arsyad Syahiran Mohd Agil, 9, cedera parah,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan lanjut.
“Ketika kejadian permukaan jalan raya kering dan lurus. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, “katanya.
Mangsa adalah ibu kepada Sayyid Uwais Al-Qarni Mohd Lekman atau Adam, bayi yang dilahirkan dengan otak di luar tempurung kepala yang mendapat liputan meluas media tahun lalu.
Luahan kenalan rapat
Allahu sedihnya tengok. Mula2 doc sahkan dia mengandung anak syurga doc sarankan buang tp dia berkeras nak lahirkan bayi tu.
“Aku nok bela mok ida biar ah oku pun. Aku wak ah gane2 pun aku syg anok aku.
Mu baik tin, mu baik mang. Mok ida salute mu walau dalam x dok pitih mu tetap kuat. Kata2 mung jd pengajaran buat mok ida.
Tin plop jenis brehi bui org makang. Kalu g umoh dia dok leh kalu dok mkn. X dok pitih pun jamu gok org makang.
Ada sorang budok laki dia ambik jaga. Dia org ssh tp sanggup jaga anok org (anak yatim) tu. Dia percaya yang bui rezeki adalah Allah.
Pergi di hari yang baik. Hari jumaat penghulu segala hari. Mengandung 8bulan. Bersama arwah baby adam anak kurang upaya. Kematian yang dicemburui tin.
Allah sayang mung tin. Cakna ke mok ida. Last mu suruh mok ida lanje kfc x kesampaian. Mok ida x ingat mu ngandung. Terkilan mok ida Fatin Hazlin Leen.
Salam takziah.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN KEJADIAN : SILA KLIK DI SINI
Sumber – FB