Semasa

PA Dato Seri Vida Akhirnya Beritahu Kenapa Kerja Dgn DSV Brtudung Tp Bila Jadi Penyanyi Tudung Hilang

Pembantu peribadi (PA), Datuk Seri Vida (DSV) iaitu yang dikenali sebagai Diyla tampil menjelaskan imej tidak bertudungnya dalam satu muzik video single terbarunya berjudul Khilaf.

PA Dato Seri Vida Akhirnya Beritahu Kenapa Kerja Dgn DSV Brtudung Tp Bila Jadi Penyanyi Tudung Hilang

“Dan Diyla pakai tudung sebab itu KPI (petunjuk prestasi utama) tempat kerja saya..Diyla minta pada yang kecam doakan Diyla untuk terus istiqamah berhijab…,” tulisnya.

Diyla berkongsi kenyataan itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik artikel Gempak sebelum ini yang mendakwa ramai yang mengecam dengan imej tidak bertudung.

Dalam pada itu, Diyla sempat menjelaskan dia masih lagi bekerja dengan DSV tetapi sedang bercuti untuk memberi tumpuan kepada lagu baharunya.

“Buat masa sekarang Diyla masih bercuti dari bekerja dengan DSV…

“Tapi untuk masa hadapan ni Diyla tak pasti, andai ada rezeki mungkin masih bersama dengan beliau, andai rezeki bukan lagi di sana Diyla pun reda…,” katanya lagi.

Terdahulu Diyla yang melancarkan lagu baru duet bersama influencer Faiz Aizif dua hari lalu mendapat kecaman netizen selepas tampil dengan imej tidak bertudung.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *