Bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal atau kulit halus mulus! Selain perlu gigih berusaha, wang ringgit juga menjadi perkara utama bagi menjayakan misi tersebut.
Bagi seorang pengguna aplikasi TikTok Nisahany, dia bersyukur apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang banyak membelanjakan duit untuknya atas tujuan kecantikan diri.
Sementara itu, Nisahany turut menepis dakwaan segelintir individu kononnya semakin cantik disebabkan produk tertentu dengan menyenaraikan jenis rawatan dilakukan sebelum ini.
Usahawan produk kosmetik itu berkata, bukan hanya wajah diberikan perhatian malah supplement bagi kulit dan badan, rawatan spa dan pelbagai lagi barangan penjagaan diri juga perlu dititikberatkan.
“Awak ingat RM2,000 tu penjagaan kulit muka je ke? Supplement kulit dan badan setiap minggu habiskan RM300+, putih ketiak kat spa setiap minggu RM1,800.
“Scrub & mask badan, kaki, tangan, penjagaan rambut, syampu dan barangan mandi dan macam-macam lagi kalau nak tulis,” tulisnya dalam satu lagi video membalas tuduhan netizen.
Video berkenaan memperlihatkan transformasi fizikal Nisahany yang semakin kurus dan kulit wajah daripada kusam, kini lebih putih dan berseri.
View this post on Instagram
Rata-rata warganet memuji perubahan dialami Nisahany serta menyifatkan dia sangat bertuah kerana memiliki lelaki yang berkemampuan sekali gus prihatin soal kecantikan wanita.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – TikTok & Instagram Nisahany