Dua beradik yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB) dilaporkan maut akibat terkena renjatan elektrik ketika bermain di luar rumah mereka di Kampung Teras Jernang, Kajang pada petang Jumaat.
Memetik laporan Astro Awani, kejadian yang menimpa dua beradik itu Adam Harish Zamri , 11 dan Adam Haziq Zamri berusia 10 tahun disaksikan oleh adik bongsu mereka.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Norazlin Syahidah Ali, ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang bermain air di luar rumah selepas bapanya pergi ke kedai yang jaraknya kira-kira 1 hingga 2 kilometer dari lokasi kejadian.
Ibu bapa mangsa hanya bekerja sendiri, kutip botol, tin, tangkap ikan di sungai untuk dijual.
Oleh itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun PIBG SK Bandar Baru Bangi iaitu 12100000758712 (Bank Muamalat Malaysia Berhad) sehingga 5 Oktober. Transaksi tersebut kemudiannya perlu dihantar kepada Norazlin Syahidah di talian 016746818 untuk pengesahan penerimaan dan rekod.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Astro Awani