Semasa

“Anak sendiri yg jadi lmam..” Perjalanan terakhir Apeh Jamal diiringi ratusan kenalan. Salam takziah buat keluarga

Seorang pelumba drag yang dikenali sebagai Apeh Jamal dilaporkan maut ketika menjayakan perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus semalam.

RAKAMAN VIDEO SOLAT JENAZAH DIIMAMKAN ANAK ARWAH ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut laporan Kosmo! Online, Apeh atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Menerusi video tular di media sosial, kereta lumba yang dipandunya dilihat hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pokok di tepi litar.

Berikutan kejadian tersebut, pihak penganjur telah menangguhkan perlumbaan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Meninjau di laman Facebook, orang ramai terutama kenalan dan peminat sukan tersebut meluahkan kesedihan atas pemergian mengejut Allahyarham.

Rata-rata mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa selain mendoakan rohnya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan para solehin.

“Innalillahiwainnalillahirojiun..apa yang kita suka buat, adakalanya kematian itu datang di saat kita melakukan perkara yang kita suka..” – Mohd Zaidi

“Alfatihah. Smoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Klau mcm ni org xkn kecam la. Dah ad kelengkapan keselamatan tp bnda nk jd jugk nk buat mcm mana. Semua dah tertulis. Pape pon takziah buat keluarga.” – Jason Bakar

SAKSI TEMPAT KEJADIAN KONGSI KISAH YANG BERLAKU PADA KERETA MANGSA

KUALA NERUS – Perlumbaan drag, Battle of the King (BOTK) 2022 di Litar Permotoran Terengganu di sini semalam dikejutkan dengan kemalangan maut yang meragut nyawa seorang pesertanya.

Salah seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Awaluddin mendakwa, sebelum kejadian, kereta dipandu mangsa baru dilepaskan dari petak permulaan.

“Tidak lama selepas itu, kereta tersebut dilihat tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas.

“Ia kemudiannya melepasi trek perlumbaan sebelum merempuh sebatang pokok,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini hari ini.

Awaluddin berkata, Apeh Jamal yang juga bapa kepada dua orang anak telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Katanya, dia difahamkan pelumba drag terkenal tersebut meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di hospital tersebut.

Kemalangan maut tersebut menyebabkan siri perlumbaan yang sepatutnya dijadualkan berakhir hari ini dibatalkan serta merta oleh pihak penganjur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Ipoh: Jenazah pelumba drag, Allahyarham Apeh Jamal yang meninggal dunia sewaktu menyertai perlumbaan Battle of The King (BOTK) 2022 di Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu selamat dikebumikan pagi ini.

Lebih 200 terdiri daripada sanak-saudara dan rakan taulan membanjiri kawasan Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, di sini, sebelum upacara pengebumian dilaksana.

Suasana bertambah hiba apabila kelihatan van yang membawa jenazah diiringi kira-kira 100 kenalan arwah memasuki kawasan perkuburan jam 9.30 pagi sebelum pengebumian selesai jam 10.10 pagi ini.

Bapa Apeh serta isteri kepada Allahyarham, Norhasyimah, 37, bagaimanapun tidak sedia untuk ditemubual oleh pemberita berikutan sedih dengan pemergian Allahyarham.

Terdahulu, jenazah Apeh dilapor dibawa dari Terengganu malam tadi sebelum disembahyangkan kira-kira 9 pagi di Masjid Al-Muttaqin, Meru Raya, di sini.

Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40, dilapor meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya dipercayai mengalami masalah teknikal menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas jam 11.35 pagi semalam.

Turut tular video memaparkan detik ketika nahas berlaku apabila kenderaan dipandu Apeh hilang kawalan dan terbabas sebelum terkeluar dari trek perlumbaan beberapa saat selepas dilepaskan daripada garisan mula.

Arwah anak ketiga daripada lima beradik meninggalkan isteri dan dua anak berusia 11 dan tujuh tahun.

Difahamkan, insiden itu menyebabkan pihak penganjur membuat keputusan menangguhkan perlumbaan berkenaan yang sepatutnya dijadualkan berakhir hari ini.

Anak kepada arwah jadi imam solat jenazah.

Anak kepada Allahyarham Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin mengimamkan solat jenazah ayahnya di Masjid Al Muttaqin Taman Meru pagi ini.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI

Sumber – Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *