Semasa

Anggota Rela Maati DipukuI Dgn Kayu dan Helmet Selepas Tegur Jiran Mabuk Buat Bising

PETALING JAYA – Hanya kerana menegur jiran di dalam lif, seorang lelaki maut selepas dikejar dan dipukul dua beradik dipercayai mabuk di hadapan rumah mangsa di sebuah flat di Damansara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan mendakwa seorang lelaki tempatan dipukul sehingga tidak sedarkan diri sekitar jam 9.15 malam, Sabtu.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun di sekitar Kota Damansara di sini pada Ahad.

Menurutnya, polis turut merampas baju-T warna hitam, sehelai seluar jean pendek warna kelabu, seutas tali pinggang dan sepasang kasut dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kes terbabit bersama adik lelakinya yang berusia 24 tahun yang masih bebas,” katanya.

Fakhrudin berkata, suspek yang juga seorang penganggur direman enam hari bermula Ahad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Saksi kejadian atau yang mengetahui keberadaan seorang lagi suspek diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail di talian 0133587571,” katanya.

“Tak reti minum akohol jgn minum,, jgn kira suspik mabuk hukuman blh lpas, mabuk ker,, tak mabuk,, klau dh bunuh org tu slh,, harap dpt hukuman yg stimpal, jgn mrh kmin kmi ksar,, blh jd kn pngajaran pda kta smua” – Kata Avo

“Apabila air kencing syaitan mjd minuman kebiasaan..maka..perangai dan tingkah lakupun berubah mjd spt syaitan…jelas dan nyata mengapa Allah(Islam) mengharamkannya.” – Cikgu Nor Awang

“Kesianya,,dh mabuk apa kira,,di luar kawalan,,semoga dpt balasan yg setimpal dgn apa yg di lakukan,,gantung sampai mati” – Lily

Sumber SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *