Semasa

“Aku bukan seorang yg baik..” Tidak lagi mahu diganggu keluarga suami, Akhirnya Ayu bongkar sesuatu

Bagi yang bergelar suami isteri pasti cukup familiar dengan satu kisah viral dulu berkisarkan pengorbanan serta kecekalan seorang wanita bernama Siti Rohayu dalam menjaga serta merawat suaminya selepas terlantar akibat nahas jalan raya.

RAKAMAN VIDEO LUAHAN UMI ADA DI BAWAH SEKALI

Tatkala mungkin ramai yang akan berputus asa untuk lihat lelaki tersebut sembuh kembali, namun Ayu atau senang digelar Umy tetap yakin demi anak-anak.

Akan tetapi, siapa sangka jodoh pasangan suami isteri tersebut tidak bertahan lama dan wanita itu dilihat memberi bayangan sedang dalam proses berpisah atas sebab tertentu.

Buat kali terakhir ku jalan kan tugas sebagai seorang isteri buat diri mu. Esok berakhir la sudah kisah kita. Andai ada salah dan silap, Maafkan diri ku sepanjang bergelar isteri mu. Maafkan aku Tak mampu nak menjadi seorang isteri yang baik buat dirimu. Maafkan aku tak mampu nak pertahankan lagi.

Segalanya salah diri ku, muncul dalam hidup mu. Akan ku undur diri demi kebaikkan semua, Redha.Terima segalanya berlapang dada. Semoga dirimu dijaga dengan baik oleh keluarga mu. Lebih baik dari aku menjaga mu. Halalkan segala2nya, Aku halalkan juga setiap nafkah yang tidak mampu kau bagi. Semoga Allah jaga dirimu wahai suami.

Terbaru pagi ini, pasangan suami isteri berkenaan dilihat telah pun datang ke Mahkamah Syariah Daerah Besut untuk urusan perpisahan itu.

Dengan cukup sayu, katanya itulah detik-detik terakhir mereka berdua sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Sepanjang berjalan masuk, Umy dan juga suami dilihat tenang bergandingan tangan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui turut sama terkesan dan sedih melihat pengakhiran rumah tangga pasangan tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan semoga selepas ini Umy tabah teruskan hidup bersama anak-anak tanpa perlu fikirkan orang lain.

Aku Bukan Seorang Yang Baik.

Aku bukan seorang yang baik. Sebelum menyalahkan orang lain. Diri aku yang patut dipersalahkan. Biarlah 1 dunia kecam aku dengan keputusan yang aku buat. Terlalu ramai yang buat andaian sendiri. Menambur fitnah tidak henti-henti. Seperti mereka yang duduk serumah dengan Umy.Semoga pahala kalian mengalir buat diriku. Semua orang boleh bercakap tapi yang menanggung dan lalui hanya kami.

Dunia in sedang berputar, ini ujian ku. Belum lagi ujian mu. Keputusan yang kami buat tiada paksaan mana-mana pihak. Cuma aku penat berjuang, sebelum aku jadi gila. Baik aku undur diri. Kalian tak suka aku, block aku, dari kalian komen benda yang tak sepatutnya. Mungkin ini posting last tentang diriku, Lepas ni Fokus pada bisnes. Permulaan hidup baru. Maaf sebab buat keputusan ini dan mungkin ramai yang tak puas hati dan kecewa dengan umy.

Sah bercerai.

Harini terjawab sudah apabila Umy melalui laman Facebook miliknya mengesahkan sudah pun selesai menguruskan urusan perpisahannya dengan suami. Ketika menuju masuk ke dalam perkarangan Mahkamah Syariah Daerah Besut, pasangan suami isteri berkenaan dilihat masih merangkul tangan masing-masing dan berjalan penuh sayu.

Selesai dan terlafaznya saja talak daripada si suami, Umy yang ditemani rakan serta ahli keluarganya yang lain terus melangkah keluar. Sempat lagi wanita itu berpesan kepada lelaki tersebut untuk menjaga diri buat kali terakhir.

Ketika di dalam kereta, dia jelas tidak dapat menahan sebak dan menegaskan selepas ini akan memulakan hidup baru dan berharap tiada lagi sebarang gangguan daripada pihak lain seperti sebelumnya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI

Sumber – Fb Ayu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *