Semasa

Bekas banduan paling lama dipenjara meninggal dunia di perkarangan rumah

KUALA NERANG – Bekas banduan, Jamil Ahmad, 71, yang mendapat pengampunan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 2006 ditemui meninggal dunia di pekarangan rumahnya di Kampung Sungai Kechil, Kuala Nerang, di sini, pada Ahad.

Jamil atau lebih mesra dengan gelaran Pak Long Jamil, menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, rakan serumahnya menemui Allahyarham dalam keadaan terbaring.

Jenazah Allahyarham Jamil dibawa ke Surau Kampung Sungai Kechil di sini, untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kecil kira-kira jam 6 petang.

Allahyarham Pak Long Jamil dan seorang lagi bekas banduan, Salleh Talib memegang rekod sebagai penghuni penjara paling lama di Malaysia iaitu lebih dari separuh usia mereka dan melebihi 30 tahun.

Kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat kerana melakukan rompakan di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api 1972 dan turut dikenakan hukuman enam sebatan rotan yang meninggalkan parut.

Sebelum ini, Allahyarham dipenjara selama 30 tahun, 11 bulan dan sembilan hari di Penjara Sungai Buloh di Selangor selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata di Baling, Kedah pada 1976.

Bagaimanapun, dia dibebaskan pada 3 Oktober 2006 selepas mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah, Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Selepas dibebaskan, Allahyarham Jamil aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah motivasi demi memberi peringatan kepada generasi muda agar tidak melakukan kesalahan sama.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Kosmo & Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *