Sebelum ini, ramai masyarakat terutamanya ibu bapa meluahkan rasa kebimbangan mereka memandangkan kes penculikan kanak-kanak semakin berleluasa terutamnya di kawasan sekolah.
RAKAMAN VIDEO SILA KLICK DI BAWAH SEKALI
Bagaimanapun, baru-baru ini, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @AnnaSofea89 di laman TikToknya, kelihatan sebuah kereta polis sedang membuat kawalan di hadapan sebuah sekolah berjaya meraih perhatian netizen.
Dalam video tersebut, sebuah kereta Honda polis sedang menunggu di hadapan Sekolah Kebangsaan Chenderong Batu bagi memastikan keselamatan murid-murid di sekolah tersebut.
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur apabila pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung kes yang tidak diingini berlaku.
Bukan itu sahaja, majoriti netizen turut melontarkan pendapat agar pihak polis membuat rondaan dan kawalan sebegitu di semua kawasan sekolah di setiap negeri memandangkan kes penculikan dalam kalangan murid sekolah semakin berleluasa.
Terdahulu, sebuah sekolah di Kelantan telah mengeluarkan surat peringatan kepada ibu bapa untuk berwaspada dan berjaga-jaga berikutan kes culik dalam kalangan murid-murid sekolah kini menjadi-jadi.
Ekoran itu, ibu bapa telah meluahkan rasa kebimbangan mereka terhadap anak-anak ketika berada di luar penjagaan seperti di sekolah.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO : SILA KLIK DI SINI
Sumber: OMM, TikTok @AnnaSofea89