Semasa

Tidak Puas Hati Agihan Wang Jual Tanah, Suami Tembak lsteri Sebelum Tmbak Diri Sendiri

JERANTUT – Pergaduhan sepasang suami isteri warga emas berakhir tragedi apabila kedua-duanya maut dengan kesan tembakan dalam kejadian di Kampung Labu di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, lelaki berusia 73 tahun itu ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian dengan kesan tembakan di leher manakala isteri berusia 67 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jerantut.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lelaki itu disyaki bertindak menembak isterinya selepas berlaku pergaduhan berpunca rasa tidak puas hati berhubung agihan wang jualan tanah sebelum dipercayai menembak diri sendiri.

Ujar beliau, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa lelaki ditemui meninggal dunia dalam keadaan terduduk bersama selaras senapang patah di bahagian belakang rumah.

“Curiga dengan kejadian, saksi segera ke rumah mangsa dan mendapati wanita itu terbaring dalam keadaan cedera sambil meminta tolong,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati senapang patah yang ditemui memiliki lesen atas nama mangsa lelaki.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Kosmo, Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *