JOHOR BAHRU: Dua beradik yang rentung dalam kebakaran bilik tidur rumah mereka di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, di sini, hari ini, ditemui di tepi pintu bilik itu yang tertutup tetapi tidak berkunci.
Perkara itu dimaklumkan oleh datuk saudara mangsa, Ismail Saad, 55, yang tidak menolak kemungkinan Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, bersama adiknya, Nurul Hawa Zafira, 2, panik ketika cuba keluar untuk menyelamatkan diri dalam insiden berkenaan.
“Pintu bilik itu tutup tetapi tidak berkunci. Dua beradik itu memang selalu keluar masuk bilik.
“Saya terhidu bau hangit dan apabila keluar rumah untuk periksa, saya nampak ada asap tebal dari rumah mangsa.
“Saya bergegas redah masuk ke dalam rumah mereka dan tengok di dapur tetapi tidak jumpa dua budak itu. Saya tarik selimut (untuk mencari mangsa) tetapi juga tiada.
“Ketika itu, sukar mencari mereka sebab penglihatan terhad berikutan keadaan gelap dan api juga sudah marak. Saya memang berusaha untuk menyelamatkan mereka tetapi tidak dapat… sudah takdir,” katanya.
Beliau yang memaklumkan tiada mendengar sebarang jeritan mangsa, turut mengalami kecederaan di kaki dan lidah serta kesan terbakar pada rambut dalam kejadian itu.
Ismail berkata, beliau amat rapat dengan dua beradik itu sejak keluarga mereka menyewa di situ kira-kira empat bulan lalu.
“Kali terakhir saya jumpa dua beradik itu, pagi tadi. Ketika itu, mereka ceria bermain seperti biasa,” katanya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – BH