Semasa

Khabar duka, Sarjan Senawi meninggal dunia kemalangan empat kenderaan. Salam takziah buat keluarga

MUAR – Dua lelaki termasuk seorang anggota polis maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 134.7 Lebuhraya Utara Selatan, arah Selatan dekat Pagoh di sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Abd Rahman berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 4.48 pagi.

Beliau berkata, dua mangsa maut dalam kemalangan itu ditemui tersepit dalam lori dan kereta.

“Mangsa yang maut ialah anggota polis, Senawi Jelani, 55, yang berada dalam kereta dan pemandu lori, K Gunalan, 45.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, sementara itu dua mangsa, A Annadurai, 20, yang merupakan warganegara India dan Zamri Hashim, 29, cedera.

“Mereka diserahkan kepada pegawai perubatan untuk menerima rawatan.

“Operasi menyelamat mangsa tersebut tamat pada jam 8.30 pagi,” katanya.

Allah mudahkan segala urusan ayah. Angah mandikan ayah td badan ayah sempurna sgt, xde luka langsung bahagian badan. Alhamdulillah. Selamat jalan ayah. Pergi lah jumpa mak.

Alfatihah.
Senawi bin Jelani
13/1/1967-14/9/2022

Aniza binti Shahran
10/2/1966-28/11/2020

“Moga sahabat ku Awi Taiko senawi bin jelani dihimpunkan bersama org2 yg beriman..moga sahabatku Nur Malahayati dan ank2 tabah hadapi ujian yg sgt berat ni..Alfatihah..pemergian mu tinggalkan kenangan pada kami..kancil 850 bawa seribu kenangan” – Rasilah Omar

Sumber SH

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *