Semasa

Puncaa Pnyakit Misteri, Setiap Hari Guru Trpaksa BermIm DIm MPV, KeIuarga Yg Mnjaga Terpksa Tidur DiHlaman Rumah

Guru menghidap penyakit misteri terpaksa menjadikan kenderaan (MPV) sebagai ‘kediaman’ apabila lelaki tersebut akan berubah sikap apabila naik ke atas rumah mereka sejak hampir setahun lalu
Wan Zaidah Wan Bakar, 53, berkata ini berikutan suaminya Azhar Nor, 56, secara tiba-tiba boleh bertukar perwatakan menjadi seorang yang panas baran dan pelupa apabila naik ke atas rumah mereka.

Katanya, suaminya mula menghidap penyakit misteri selepas menjalani pembedahan pada bahu kiri akibat mengalami penyakit Raja Satong (bengkak atas tubuh), tahun lalu.

“Selepas menjalani pembedahan itu, doktor memaklumkan suami yang mengajar di sebuah sekolah di Hulu Besut disahkan menghidap penyakit hati menguncup serta terdapat batu pada hempedu.

“Perut suami juga membesar dan mengeluarkan air kejernihan menyebabkan pembedahan terpaksa dilakukan untuk memasang tiub,” katanya.

Wan Zaidah berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Datuk Nawi Mohamad di rumahnya di Kampung Jerebu, Pasang Bual, Hulu Besut, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Besut, Mohd Rozali Embong dan Ketua Urusetia Wanita DUN Hulu Besut, Azizah Ibrahim.

Selain itu, katanya, dia juga berbelanja RM3,000 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dewasa, tisu basah dan ubat-ubatan.

“Saya bersama anak-anak mendirikan pondok di halaman dan terpaksa bermalam dalam khemah secara bergilir-gilir untuk menjaga suami yang bermalam di atas kenderaan,” katanya.

Mengulas kos rawatan, Wan Zaidah memaklumkan sudah membelanjakan lebih RM20,000 untuk mengubati penyakit misteri dialami Azhar termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional.

“Bagaimanapun, usaha dilakukan tidak berhasil apabila penyakit misteri yang dialami suami semakin teruk dan kini saya terpaksa menggantikannya sebagai ketua keluarga,” katanya.

Sementara itu, Nawi berkata, pihaknya akan membina lantai simen bagi memudahkan pergerakan Azhar dan ahli keluarga.

“Kita akan usaha agar pembinaan lantai simen di perkarangan rumah Azhar siap segera,” katanya yang turut menyumbangkan bantuan kecemasan kepada keluarga berkenaan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *