Warga emas berusia 70 tahun yang juga bapa mertua kepada suami ejen kosmetik yang diculik memaklumkan hanya mengetahui bahawa menantunya itu pernah menjual rokok seludup dan tidak pula tahu terlibat dengan dadah.
Menerusi laporan dari Harian Metro, warga emas tersebut memaklumkan sukar untuk mempercayai bahawa lelaki itu terlibat dalam sindiket dadah kerana dia banyak menjalankan perniagaan lain seperti penternakkan.
Tambah bapa kepada mangsa yang dilarikan lagi, dia berasa sangat ralat tidak dapat menyelamatkan anak perempuannya yang dilarikan oleh sekumpulan lelaki kelmarin.
Apalah nasib anak perempuan
Dalam pada itu, ibu kepada ejen kosmetik tersebut yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap lima telah mengalami trauma susulan kejadian tersebut.
Suami mangsa telah ditahan
Buat masa ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan dan beberapa penahanan telah dibuat termasuklah suami mangsa dan wanita berusia 35 hingga 47 tahun. Difahamkan kejadian berkenaan ada kaitan dengan aktiviti penyeludupan dadah.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber – Harian Metro (Siti Rohana Idris), Kredit Foto Nik Abdullah Nik Omar, Facebook Kelantan State